TUNS 2023: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukan RM3 juta untuk Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), RM3 juta untuk TUNS Plus dan RM1 juta untuk TUNS Extra.

Dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang dibentangkan pada November lalu, Menteri Besar turut memperkenalkan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Extra untuk membantu usahawan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, TUNS Extra ini akan membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara geran padanan sehingga RM30,000.

“Inisiatif ini diwujudkan kerana TUNS dan TUNS Plus yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan daripada usahawan tempatan,” kata Aminuddin.

Apa itu TUNS -Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan?

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan. 

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. 

Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. 

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Inisiatif ini telah memberi manafaat kepada 5,149 usahawan mikro dari tahun 2019 sehingga 2022 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 juta dalam tempoh 4 tahun tersebut.

Tarikh Permohonan

Usahawan mikro yang layak boleh membuat permohonan TUNS 2023 bermula 16 Januari 2023 (ISNIN).

Geran Tuns 2023

Jumlah Pembiayaan

Bantuan pembiayaan adalah melalui geran yang berjumlah RM3,000.00

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Kelayakan Perniagaan

Jenis perniagaan yang LAYAK adalah sebagaimana berikut;

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Manakala jenis perniagaan yang TIDAK LAYAK adalah sebagaimana berikut;

  • Perkhidmatan profesional;
  • Homestay;
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Mesin layan diri (vending machine);
  • Dobi layan diri;
  • Kontraktor;
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang;
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Cara Memohon

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan lagi proses permohonan. Proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon boleh dibuat tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://www.tuns.my/

Pendaftaran maklumat asas perlu dibuat dengan mengisi mengisi butiran asas pemohon seperti nama, kad pengenalan dan emel.

Nota: Selepas pendaftaran maklumat peribadi dilakukan, sistem akan menghantar emel pengesahan. Sila semak emel anda dan pastikan anda membuat pengesahan. Tanpa pengesahan ini, anda tidak dapat meneruskan permohonan ini.

Senarai Dokumen

Terdapat beberapa dokumen yang perlu dimuat turun oleh pemohon seperti;

  1. Aku Janji TUNS 
  2. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan 
  3. Jadual Penglibatan Mengikut Dokumen
  4. Template Surat Persetujuan Rakan Kongsi

Semua dokumen ini boleh didownload melalui pautan berikut;

https://tuns.my/2022/page.php?s=muat-turun-dokumen

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251
E-mel : [email protected]
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan TeknikalPada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah had peruntukan bahan mentah dan modal kerja?

Had peruntukan bagi gabungan bahan mentah dan modal kerja adalah berjumlah RM1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) daripada jumlah geran.

Bolehkah koperasi / persatuan memohon TUNS?

Tidak layak.

Siapakah yang tidak layak memohon?

– Perkhidmatan insurans
– Institusi kewangan / pinjaman wang
– Homestay
– Perkhidmatan profesional
– Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh)
– Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing
– Mesin layan diri (vending machine)
– Dobi layan diri
– Kontrator
– Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik
– Perniagaan yang salah disisi undang-undang
– Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain
– Individu yang pernah menerima geran TUNS

Bagaimana pembiayaan disalurkan?

Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.

Bolehkah jumlah sebut harga melebihi RM3,000?

Jumlah sebut harga boleh boleh melebihi RM3,000 namun had maksimum kelulusan adalah RM3,000. Pemohon perlu membayar lebihan tersebut.

Soalan lazim mengenai permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ini juga boleh dilihat melalui pautan berikut;

https://www.tuns.my/2022/faq.php

Sumber: Portal Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top