Kemas kini Bantuan Kerajaan 2023 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Alhamdulillah, akhirnya skrin kemas kini bagi bantuan tunai tahunan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sudah dibuka.
Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat boleh membuat kemas kini bantuan ini mulai 1 Mac 2023.
Menurut Perdana Menteri, STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah?
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Disember yang lalu memaklumkan Kerajaan akan meneruskan Bantuan Tunai yang dilaksana kerajaan terdahulu (iaitu Bantuan Keluarga Malaysia – BKM) dengan Fasa 1 disalur bulan Januari ini.
Kemas Kini STR
Kemaskini STR boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Kemaskini boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Cara Kemas Kini
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
- Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Saya adalah penerima STR Fasa 1. Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2022, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
Panduan Kemas Kini STR (Step By Step)
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belumn mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
- Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Isi maklumat permohonan yang terdiri daripada
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak
- Maklumat Waris
- Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut
- Hantar
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Link dan Pautan STR
Berikut merupakan beberapa pautan lain yang berkaitan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah
Borang Berkaitan
- Borang Permohonan STR 2023
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2023
- Borang Serahan Dokumen Sokongan STR 2023
- Borang Pembatalan Permohonan STR 2023
Soalan Lazim
Berikut merupakan soalan lazim bantuan kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah
Mulai 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023
1) Secara online melalui portal MySTR
2) Kemas kini melalui borang
Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan STR.
Tidak. Kemas kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan baharu / kemas kini yang dihantar ke Pejabat LHDNM / PS / UTC telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan STR selanjutnya perlu dikemukakan ke Pejabat LHDNM / PS / UTC dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01)
semula.
Tidak. Bagi penerima STR Fasa 1 yang meninggal dunia mulai 1 Mac 2023, pasangan tidak perlu membuat Permohonan Baharu STR tetapi boleh membuat kemas kini permohonan suami.