Wednesday, December 6, 2023
HomePermohonanBantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM Sesi 2023

Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM Sesi 2023

Sukacitanya Bahagian Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Tabung Amanah Zakat UKM mempelawa kepada semua kakitangan UKM untuk memohon BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN SESI 2023 BAGI ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM. 

Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM ini disediakan kepada warga kakitangan UKM dalam kalangan asfar fakir, miskin dan fisibalillah bagi sesi persekolahan yang akan datang (2023) di peringkat tadika, sekolah rendah, dan menengah.

Berikut merupakan maklumat bagi bantuan ini.

Apa itu Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan?

Merupakan bantuan kepada kakitangan bagi persediaan keperluan untuk permulaan sesi persekolahan yang akan datang di peringkat tadika (6 tahun), sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kadar Bantuan Persekolahan 

Bantuan ini diberikan secara sekaligus (one-off) sebanyak RM200.00/pelajar sahaja.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka selama dua bulan mulai  28 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023 (Selasa).

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah; 

  1. Warga Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Beragama Islam
  3. Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  4. Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2023)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu  perlu dimuatnaik (upload) ketika membuat permohonan;

  • Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)

* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.

Cara Memohon

Permohonan Bantuan Zakat Bantuan Zakat Persekolahan UKM perlu dibuat melalui atas talian melalui pautan berikut;

https://eprihatin.ukm.my/

Untuk pengesahan diri, pemohon perlu  masukkan Nombor Matrik / UKMPer / Pengenalan dan kata laluan ketika daftar masuk melalui pautan di atas.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2023, sila hubungi:

  • 03-8921 4225 (Bangi)
  • 03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)

Sumber: Tabung Amanah Zakat UKM

Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2023

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!