Monday, March 27, 2023
HomePermohonane-Tunai Belia Rahmah: Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia

e-Tunai Belia Rahmah: Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia

Kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet berjumlah RM200 kepada golongan belia. 

Perkara ini dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.

Belanjawan 2023 dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November 2022 yang lalu.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia Madani kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini bantuan ini dinamakan eBelia (2021) dan ePemula (2022)

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai. 

Dalam pembentangan belanjawan 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan;

“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang bulia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan 400 juta ringgit.

-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim-
e-Tunai Belia Rahmah Bantuan e-Wallet RM200 Untuk Belia

Syarat Kelayakan

Memandangkan bantuan ini baru sahaja di umumkan, kerajaan belum lagi mengumumkan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023.

Namun begitu, jika dirujuk kepada bantuan ePemula tahun 2022, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia; dan 
  2. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Syarat-syarat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Permohonan

Buat masa ini belum ada lagi tarikh permohonan diumumkan. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi Dan Digital akan mengumumkan bantuan ini dari semasa ke semasa.

Pada tahun lepas, ia dibuka pada awal April sehingga awal Jun.

Penyedia Perkhidmatan

Di jangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program e-dompet e-Tunai Belia Rahmah iaitu 

  1. BigPay; 
  2. GrabPay; 
  3. ShopeePay; 
  4. Touch ‘n Go eWallet;
  5. Lain-lain yang mungkin diumumkan kelak

Jumlah Kredit  e-Tunai Belia Rahmah

Jumlah kredit bantuan yang diumumkan adalah RM200. Jumlah ini lebih tinggi berbanding program ePemula tahun lepas iaitu RM150

Inisiatif Lain Yang Diumumkan

Selain bantuan e-Wallet, kerajaan turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

■ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1 – Golongan B40

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Bantuan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak 
  • Tambahan: RM600 : (Bakul makanan dan baucar makanan asas) Kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
  • Jumlah: RM3,100 Termasuk Sumbangan Bakul Rahmah

■ My50

  • Kerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 

■ Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

  • Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus.

■ Penangguhan Bayaran Pinjaman PTPTN

  • Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik PTPTN peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

■ RM500 Tambahan Caruman Simpanan KWSP Akaun 1

  • Rakyat berumur 40 – 54 tahun (dengan simpanan KWSP kurang RM10 ribu di Akaun 1), Kerajaan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500. Tiada pengeluaran KWSP diumumkan

■ Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

  • Bantuan khas RM700 kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam gred 56 ke bawah. Pesaran RM350. Bayar bulan 4.

■ Jumlah Had Pelaburan ASB dan ASB 2 Ditingkatkan

  • Jumlah had pelaburan  dalam ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada RM300K.

■ PEKA B40

  • Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit bagi memperkasa Skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.

■M40 – Kadar Cukai Dikurangkan

  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih 35 ribu hingga 100 ribu ringgit.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan ini merupakan satu inisiatif kerajaan buat golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berapa Jumlah Kredit Yang diberikan?

RM200

Bilakah Permohonan Dibuka?

Belum diumumkan

Apakah Syarat Kelayakan?

Belum diumumkan

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!