Monday, October 2, 2023
HomeSumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Rahmah

[RASMI] STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Rahmah

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 3 AKAN DISALURKAN MULAI 26 JUN 2023, MEMANFAATKAN 8 JUTA ISI RUMAH B40.

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. 

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Semakan Status Kelulusan STR Fasa 3

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Semakan status boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan Pembayaran Fasa 3; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Permohonan

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;

(Lulus) Status Permohonan STR Fasa 3

Bagi yang layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Maklumat Bayaran STR Fasa 3

Rayuan STR

Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julal 2023.

Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Tarikh Bayaran

Tarikh Bayaran Sumbangan TUnai Rahmah (STR) Fasa 3

Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai hari Isnin 26 Jun 2023.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR  mendaftar akaun melalui CIMB dan MAYBANK dalam permohonan bantuan mereka.

Info Facebook CIMB Dah masuk Fasa 3 Ikin Najihah
Maybank Dah Masuk Kategori Isi Rumah

Kenapa  Duit STR Fasa 3 Belum Masuk?

Dengan lebih 8 juta penerima dan pembayaran berjumlah lebih RM2 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Kadar Bayaran STR Fasa 3 RM100 hingga RM1300

Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Untuk fasa 3, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 (Penerima Sedia Ada)

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM150

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM150

Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM600
  2. Bil anak 1-2 – RM900
  3. Bil anak 3-4 – RM1,100
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,300

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM450
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM750

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM300

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM150

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Permohonan Baharu STR : Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023.

Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN

Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3

Penerima STR Layak Skim Perubatan Madani

[Terkini] Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Skim Perubatan Madani Percuma

Tempoh Manfaat

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan Skim Perubatan Madani

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Info lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, sila lihat;
https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/ 

Siaran Media STR Fasa 3

Siaran Media STR Fasa 3

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3?

Mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 (ada yang dapat awal)

Bagaimana cara semakan secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Berapakah jumlah bayaran bagi fasa 3?

RM100 hingga RM1300 mengikut kategori penerima (rujuk jadual)

Bagaimanakah cara bayaran?

> Ada akaun mulai 26 Jun (Isnin) hingga 5 Julai 2023 (Rabu).
> Tiada akaun – tunai di BSN mulai 26 Jun 2023 (Isnin).

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!