Ini adalah maklumat penting bagi pemohon baharu dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori isi rumah (keluarga / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak).
Untuk bantuan STR isi rumah ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Bagi pemohon baharu pula, sudah pasti ingin mengetahui tempoh permohonan, syarat kelayakan dan sebagainya.
Apa yang menarik, ada tambahan RM600 STR melalui baucar dan bakul makanan untuk penerima yang layak.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Isi rumah atau keluarga merupakan antara kategori terbesar penerima bantuan ini selain daripada kategori STR bujang dan warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Secara umumnya pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun
Kelayakan Isi Rumah untuk Menerima STR
Pemohon layak menerima STR Isi rumah sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Tarikh Permohonan Baharu

Pendaftaran boleh STR boleh dibuat:
- Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Cara Membuat Permohonan STR 2022
2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang STR 2022
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR |
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Berapakah Bayaran Yang Akan Diterima oleh Isi Rumah?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah berbeza mengikut pendapatan dan jumlah bilangan anak.
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah;
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3-4 – RM2,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000;
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM750
- Bil anak 3-4 – RM1,00
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200

Tarikh Dan Jadual Pembayaran
Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023
- Fasa 1 – Januari 2023
- Fasa 2 – April 2023
- Fasa 3 – Julai 2023
- Fasa 4 – November 2023

Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. - Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
RM600 Tambahan STR
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pembaharuan bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih.
RM600 sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar (mengikut bilangan anak) akan menerima bayaran maksimun RM3100 dalam bentuk bantuan kewangan dan bakul makanan serta baucar makanan.
Jadual di bawah menerangkan kategori penerima yang layak untuk bantuan STR;

Syarat Kelayakan Tambahan STR RM600
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Kaedah Saluran Tambahan STR
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Semakan eKasih Untuk Tambahan RM600 STR
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai penerima tambahan RM600 Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
- Klik untuk carian
Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nama
- KIR / AIR
- Nama KIR
- Status Daftar
- Negeri
- Daerah

Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Hotline STR LHDNM
- 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hotline STR MOF
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
e-Mel
Alamat
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Soalan Lazim STR Keluarga (Isi Rumah)
Syarat kelayakan isi rumah adalah sebagaimana berikut
1) Kahwin; atau
2) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
3) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
1) Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
2) Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
i) Bil anak 0 – RM1,000
ii) Bil anak 1-2 – RM1,500
iii) Bil anak 3-4 – RM2,000
iv) Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
i) Bil anak 0 – RM500
ii) Bil anak 1-2 – RM750
iii) Bil anak 3-4 – RM1,00
iv) Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Januari = Fasa 1 (telah dibayar)
April = Fasa 2
Julai = Fasa 3
November = Fasa 3