KADAR DIVIDEN KWSP DAN SEMAKAN DIVIDEN 2023 BAGI TAHUN KEWANGAN 2022
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.35% bagi Simpanan Konvensional dan 4.75% untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.
Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10% dan 5.65% untuk Simpanan Syariah.
Kadar itu juga adalah terendah sejak 2020 bagi Simpanan Konvensional (5.20 peratus) dan terendah bagi Simpanan Syariah, sejak skim ini mula diperkenalkan pada 2017.
Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP pada 4 Mac 2023
Kadar Dividen 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022
KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion.
Kadar Dividen Tahun-Tahun Sebelum Ini
Untuk rekod, jadual di bawah adalah kadar dividen KWSP dari tahun 2000 hingga 2021.
TAHUN | SIMPANAN SHARIAH | SIMPANAN KONVENSIONAL |
---|---|---|
2021 | 5.65% | 6.1% |
2020 | 4.90% | 5.20% |
2019 | 5.00% | 5.45% |
2018 | 5.90% | 6.15% |
2017 | 6.40% | 6.90% |
2016 | – | 5.70% |
2015 | – | 6.40% |
2014 | – | 6.75% |
2013 | – | 6.35% |
2012 | – | 6.15% |
2011 | – | 6.00% |
2010 | – | 5.80% |
2009 | – | 5.65% |
2008 | – | 4.50% |
2007 | – | 5.80% |
2006 | – | 5.15% |
2005 | – | 5.00% |
2004 | – | 4.75% |
2003 | – | 4.50% |
2002 | – | 4.25% |
2001 | – | 5.00% |
2000 | – | 6.00% |
Semakan Dividen KWSP
Bagi mengetahui berapa baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu;
- Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
- Semakan melalui kiosk KWSP
- Secara online melalui i-Akaun
Semakan secara online boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Ikuti langkah-langkah berikut;
- Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
- Masukkan User ID
- Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan kata laluan dan klik log masuk
Tarikh Semakan Dividen
KWSP memaklumkan ahli boleh menyemak penyata terkini BERMULA 4 Mac 2023 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.
Pendaftaran i-Akaun KWSP Bagi Pengguna Baharu
Sekiranya anda belum mempunyai i-akaun, anda boleh mendaftar dengan mengikut langkah berikut;
1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP.
2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS.
3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia.
4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan.
Panduan bergambar di bawah lebih memudahkan cara mendaftar i-Akaun.
Untuk makluman, terdapat kios pintar yang beroperasi pada hari minggu di cawangan KWSP terpilih.
Oleh itu, anda boleh ke cawangan KWSP tersebut pada hari minggu untuk berurusan. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios dan waktu operasinya.
Soalan Lazim (FAQ)
4 Mac 2023
5.35% – Simpanan konvensional
4.75% – Simpanan syariah
1) Secara online melalui i-Akaun
2) Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
3) Semakan melalui kiosk KWSP
Bermula 4 Mac 2023 (Sabtu)
Dalam pengumuman Belanjawan 2023 baru-baru ini, Kerajaan mengumumkan bantuan RM500 melalui caruman KWSP kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka.
Inisiatif Tambahan RM500 Caruman Simpanan KWSP Akaun 1