[LIVE] Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November 2022 yang lalu, Kerajaan baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.

Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pembentangan Belanjawan 2023

Saksikan siaran langsung dari Dewan Rakyat pembentangan BELANJAWAN 2023 MALAYSIA MADANI oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ini adalah belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan dan ke-8 bagi Anwar yang pernah menjawat Menteri Kewangan pada tahun 1991 sehingga 1998.

Maklumat pembentangan adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh – 24 Februari 2023 | 3 Sha’aban 1444
  • Hari – Jumaat
  • Waktu – 4 Petang
  • Tempat: Parlimen Malaysia
Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Live / Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023

Stream Siaran langsung pembentangan Belanjawan 2023 boleh ditonton secara online di saluran berikut;

RTM LIVE Bajet 2023

Tema Belanjawan 2023

Enam Rukun Malaysia Madani

Belanjawan 2023 kali ini telah dirangka sebagai langkah sulung untuk menelusuri setiap rukun yang terkandung dalam kerangka MADANi yang telah diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu:

M (Mampan)

A (Aman makmur)

D (Daya cipta)

A (Amanah keyakinan)

N (Nilai hormat) 

 I (Ihsan)

Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 memastikan  langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.  

Fokus Utama Belanjawan 2023

Menurut penganalisis, kos sara hidup, subsidi bersasar dan mengurangkan hutang dijangka menjadi fokus utama dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.

Dengan slogan Malaysia Madani, Kerajaan Baharu dilihat akan mengutamakan dasar yang mengutamakan rakyat dalam mengurangi kos hidup dan beban rakyat.

Astro Awani dalam satu tinjauan ringkas berkaitan harapan rakyat terhadap Bajet 2023 mendapati 59 peratus menyatakan rakyat paling menantikan pengumuman berkaitan subsidi.

Sebanyak 34 peratus memilih pelepasan cukai, manakala baki tujuh peratus pula tidak sabar untuk melihat warna baju Melayu yang bakal dikenakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, sebagaimana tradisi yang diamalkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini.

Intipati Dan Bantuan Rakyat Dalam Bajet 2023 Kerajaan Sebelum ini

Bajet 2023 sebelum ini di bawah pimpinanDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dibentangkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2022.

Untuk makluman beberapa bantuan yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini telah dipersetujui oleh kerajaan baharu untuk diteruskan iaitu;

  1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)
  2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa
  3. Bantuan Musim Tengkujuh RM800
  4. Bantuan Khas Kewangan RM700 (penjawat awam) RM350 (pesara)

Persoalannya adakah beberapa bantuan rakyat yang disenaraikan di bawah akan diteruskan dalam Belanjawan 2023;

1. Inisiatif e-Pemula M40

Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu

2. E-Pemula di naikkan kepada RM200

RM400 juta Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

3. Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia

RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.

4. Inisiatif MySTEP

Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC.

5. Diskaun Bayaran PTPTN

Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) Bermula 1 November 2022-30 April 2023

  • Diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh
  • 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang
  • 15 peratus utk bayaran secara potong gaji

6. My50

Inisiatif pas bulanan My50 untuk pengguna pengangkutan awam akan memanfaatkan hampir 180,000 pengguna

7. RM200 Bantuan untuk Pesawah

Bantuan kepada pesawah padi turut diperkenal semula untuk 2023 dengan memberi bantuan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

8. Bantuan Aidilfitri Penjawat Awam

Bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri buat penjawat awam akan dinaikkan kepada RM600 dan dibayar menjelang Mac 2023.

9. RM1,000 Geran PMKS One-Off

Geran one-off RM1,000 untuk semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar. Memanfaatkan 1 juta penerima dengan jumlah RM1 bilion.

Scroll to Top