Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)

Sukacitanya Kerajaan Selangor melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan membuka permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) mulai 1 Mac 2023.

Permohonan HPIPT hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal Hadiah Pengajian IPT yang disediakan di laman web HPIPT. Permohonan secara manual tidak diterima.

Syarat utama kelayakan bantuan ini adalah warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor.

Apa Itu Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. 

Pemohon yang layak untuk memohon  merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di IPT awam dan swasta.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023 (Sebulan).

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; 
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;  
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan 
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

NOTA:                                                                                            

*Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

Prosedur dan Cara-Cara Memohon

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
  2. Pemohon diminta untuk sentiasa melayari laman web HPIPT bagi mendapatkan sebarang informasi berkaitan HPIPT.
  3. Pemohon dikehendaki membaca dan mematuhi syarat – syarat kelayakan permohonan sebelum membuat sebarang permohonan.
  4. Pemohon boleh memuat turun Manual Panduan Permohonan melalui lama web tersebut sebagai rujukan.
  5. Pemohon diminta untuk melengkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui email permohon.
  7. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Panduan Mengisi Borang

  1. Permohonan secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
  2. Pemohon perlu klik pada pautan Daftar di dalam sistem berkenaan sekiranya ingin membuat sebarang permohonan ataupun klik pada pautan Semak untuk mengetahui status permohonan.
  3. Pemohon juga perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem berkenaan.
  4. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  5. Borang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut langkah 4 di atas hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.
  6. Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA*.

Nota:                                                                                                                            *Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.

Senarai Lampiran Dan Dokumen

  1. Sijil Kelahiran
    • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  2. Kad Pengenalan
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;
    • Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia;
    • Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan; dan
    • Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan;
  3. Surat Pengesahan Pemastautin
    • Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);
      • Pemohon;
      • Ibu; dan
      • Bapa
  4. Surat Tawaran
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
  5. Sijil Berhenti Sekolah
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5);
  6. Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan
    • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
    • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /   Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /   Pengerusi KRT; atau
    • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)
  7. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)

Prosedur Pembayaran

  1. Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
  2. Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
  3. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
  4. Pemohon boleh menyemak status pembayaran dengan menghubungi pihak urus setia HPIPT

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659

URL : http://hpipt.selangor.gov.my

Sumber: Portal Hadiah Pengajian IPT

Scroll to Top