Dalam meraikan semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pas Keluarga Malaysia pada 22 November 2021 (Isnin) untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Pas ini dijual pada kadar berpatutan dan mula dijual pada bulan hadapan (Disember).
Apa itu Pas Keluarga Malaysia?
Pas Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah, bersiar-siar dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat membeli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga
Pas ini dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum
Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah adalah percuma.
Pengangkutan yang boleh digunakan
Perkhidmatan yang boleh digunakan adalah membabitkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).
Cara Memohon
Anda boleh membeli pas ini bermula 1 Disember 2021 (Rabu) di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen MRT
- Semua stesen BRT
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana bermula bulan Mac tahun 2021 yang dilaksanakan anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ( PRIDE) yang membolehkan peniaga berniaga di sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya.
Stesen tersebut adalah Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.
“Menerusi pakej ini, sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz 80 hingga 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot, ”
Pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan yang perinciannya akan dihebahkan oleh PRIDE dalam masa terdekat.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.