Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan Bantuan i-Fitri buat rakyat Terengganu yang layak pada tahun hadapan.
Ia dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Belanjawan 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada 15 November 2021 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman.
Jumlah Bantuan i-Fitri

Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada 31,500 isi rumah miskin .
Manakala RM250 akan disalurkan kepada 83,5000 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.
Tarikh Bayaran Bantuan i-Fitri
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bantuan ini akan disalurkan menjelang hari raya Aidilfitri 2022. (Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan adalah 3 Mei 2022).
Oleh yang demikian, Tarikh jangkaan bantuan ini disalurkan adalah pada penghujung April 2022 sebagai persediaan bagi menyambut hari raya puasa.
Bantuan yang akan disalurkan ini diharapkan dapat menyokong kewangan B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat setelah 2 tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Bantuan Lain Yang Diumumkan
Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang akan memanfaatkan rakyat Terengganu seperti bantuan isteri ketua isi rumah dan ibu tunggal , bantuan belia dan bantuan OKU.
Bantuan RM150 One-Off Isteri Ketua Rumah e-Kasih dan Ibu Tunggal

Bantuan tunai one-off bernilai RM150 akan disalurkan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500.
Bantuan RM150 One-Off Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,00 dan ke bawah pula, mereka akan menerima bantuan tunai one-off bernilai RM150.
Ia akan memanfaatkan 8,900 OKU di negeri ini.
Bantuan RM150 One-Off Belia BujangTerengganu

Golongan belia tidak ketinggalan dalam menerima manfaat menerusi pengumuman belanjawan Terengganu 2022.
Bagi menyokong kewangan golongan belia, dengan ini saya mengumumkan bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 mahasiswa berpendaptan RM4,000 dan ke bawah.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Diharapkan bantuan-bantuan yang diumumkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi memenuhi keperluaan rakyat negeri ini.
Sumber: Belanjawan Negeri Terengganu 2022
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.