Sudah Pertengahan Bulan, Rakyat Masih Menunggu Tarikh Pengumuman Bayaran BKC & GKP Fasa 2

Sudah memasuki pertengahan bulan November, namun tiada lagi khabar berita mengenai pengumuman tarikh bayaran dua bantuan yang diumumkan sebelum ini iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk fasa 2.

Dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Jun yang lalu, kedua-dua bantuan yang diumumkan ini merupakan antara bantuan buat rakyat yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 serta memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Sebagai makluman, BKC dibayar secara 3 fasa iaitu pada bulan September, November dan Disember.

Bantuan ini diberikan kepada kategori rakyat yang miskin tegar, B40 dan M40 berdasarkan kelayakan masing-masing yang ditetapkan.

Sementara itu, GKP pula dikhususkan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi  menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil.

GKP pula di bayar secara 2 fasa iaitu pada September (RM500) dan November (RM500).

Walaupun masih berbaki kira-kira 15 hari lagi bulan November, sekurang-kurangnya Kerajaan perlu memberi bayangan tarikh pembayaran sebenar bagi kedua-dua bantuan ini.

Hal ini agar rakyat tidak tertunggu-tunggu dengan tarikh sebenar pembayaran bantuan ini disalurkan.

Bagi PKS pula, sudah pasti GKP yang akan diterima nanti dapat mengurangkan beban kewangan dan boleh dijadikan pusingan modal perniagaan walaupun jumlahnya tidaklah terlalu besar.

Sebagai rakyat, bukanlah mereka tidak bersyukur dan tidak boleh sabar dengan tarikh pengumuman bantuan ini, cuma ada yang betul-betul terkesan dan amat mengharapkan apa sahaja sumber kewangan yang ada bagi meneruskan kehidupan setelah hampir dua tahun rakyat Malaysia berada dalam situasi yang begitu perit dari segi kewangan.


Untuk makluman, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) pada tahun hadapan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

https://bantuanrakyat.my/bantuan-keluarga-malaysia-bkm/
Scroll to Top