Sunday, October 1, 2023
HomeBKC Bayaran BKC Fasa 2 Dibuat Mulai 25 November 2021

[TERKINI] Bayaran BKC Fasa 2 Dibuat Mulai 25 November 2021

[Terkini] Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 2 bagi akan dibuat mulai 25 November 2021 (Khamis) membabitkan peruntukan sejumlah RM300 juta.

Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri berkata, dengan peruntukan itu ia akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima termasuk isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Pun begitu, tidak semua kategori akan menerima pembayaran BKC fasa 2 bulan November ini.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila teliti maklumat berikut agar anda tidak keliru dengan bayaran yang akan disalurkan.

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)? 

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.

Semakan Status

Semakan status BKC boleh dibuat di laman portal rasmi BKC;

https://bkc.hasil.gov.my/

Kelayakan Penerima BKC

Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;

  1. Isi rumah / Warga emas  – RM5000 dan ke bawah.
  2. Bujang – RM2,500 dan ke bawah

Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan

  1. Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
  2. Bujang – RM2,501 – RM5,000

Lihat jadual berikut untuk lebih jelas.

Kelayakan Penerima BKC

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran BKC fasa 2 akan dikreditkan mulai 25 November 2021 (KHAMIS). Ia membabitkan peruntukan sejumlah RM300 juta.

Namun ada beberapa penerima sudah mendapat bayaran ini pada 24 November 2021.

bayaran RM500 CIMB BKC Fasa 2

Siapa Yang Dapat Pembayaran Untuk Fasa 2?

Untuk makluman, tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam bulan November ini.

Kategori penerima yang akan menerima bayaran kali ini adalah sebagaimana berikut;

KATEGORI MISKIN TEGAR

  • Isi Rumah – RM500.00
  • Warga emas sebatang kara (WE) – RM300.00
  • Bujang – RM300.00
Bayaran BKC Fasa 2 (November)

Tiada pembayaran bagi kategori B40 dan M40 bagi bulan November.

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Soalan yang sering ditanya oleh rakyat adalah bagaimana saya ingin membuat permohonan BKC?

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Bagaimana Ingin Membuat Permohonan BKC

Kaedah Bayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Pengkreditan ke akaun bank mulai 25 November

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

  1. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Mulai 25 November

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif. 

Maklumat Pembayaran Fasa 2 BKC

Penunaian Bayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengeluarkan notis penunaian bayaran melalui kaunter BSN sekiranya pengumuman rasmi bayaran bagi bulan November dikeluarkan oleh Kerajaan.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Untuk makluman, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) pada tahun hadapan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Soalan Lazim (FAQ) BKC 

Bilakah tarikh pembayaran BKC Fasa 2?

Akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam bulan November.

Siapa yang dapat dan berapa jumlah bayaran?

Hanya kategori miskin tegar berikut yang dapat;
– Isi Rumah – RM500.00
– Warga emas sebatang kara (WE) – RM300.00
– Bujang – RM300.00

Bagaimana cara membuat permohonan BKC?


Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan dibuat berdasarkan data JKM, Ekasih, BPR dan data percukaian LHDNM.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!