[Pengumuman Penting] Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Kewangan JKM bagi bulan DISEMBER 2021 akan dikreditkan kepada penerima mulai 25hb-30hb November 2021.
Perkara ini diumumkan dalam Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 24 November 2021.
Sementara itu, tarikh bayaran bagi Bulan JANUARI 2022 pula akan mula dikreditkan pada awal bulan mulai 1hb-10hb Januari 2022.
11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu;
- Bantuan Kanak-kanak (BKK)
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Objektif Pemberian Bantuan
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Permohonan Manual
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang permohonan yang berkaitan:
1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Permohonan Secara Online

Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Info dan Maklumat lanjut
Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18 No 55, Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya. Telefon : 03 – 8000 8000 Faks : 03 – 8323 2045 Emel : Maklum Balas (ISPAAA) Facebook JKM – https://www.facebook.com/myJKMHQ Facebook KWPKM – https://www.facebook.com/kpwkm |
SUMBER: Portal Rasmi Jabatan Kebajikam Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.