Friday, November 26, 2021
HomeSemasaPenerima GKP Yang Layak Akan Menerima BKM Secara Automatik

Penerima GKP Yang Layak Akan Menerima BKM Secara Automatik

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 layak dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

Menurut Menteri Kewangan, kerajaan akan terus membantu yang memerlukan terutamanya dalam kalangan golongan rentan. 

Ini termasuklah  penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat.

Bantuan Keluarga Malaysia Peruntukan RM8.2 billion

“Seperti dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November lalu, proses permohonan BKM pada tahun depan akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.

“Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima GKP yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau BKC B40 akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi kerajaan lain.

“Ia merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni perumahan awam atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Orang Asli dibawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Selain itu, ia turut membabitkan gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi mengurangkan ‘exclusion error’,” katanya.

Beliau berkata, bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM pula, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 hingga 31 Januari 2022.

Permohonan BKM mulai 1-31 Januari 2022

“Ia bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

“Pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Mac 2022,” katanya.

Katanya, maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Penerima GKP tidak lulus BPR akan dipertimbang terima BKM secara automatik
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Sila ambil maklum Permohonan dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan dibuka mulai 1 hingga 31 Januari 2022.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments