Berita baik buat Keluarga Malaysia! Anda berpeluang bersiar-siar dengan perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini (27 dan 28 November) dengan hanya membayar RM1 bagi tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.
Ia merupakan inisiatif Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui program ‘ERL RM1 Joyride Weekend’ yang bertujuan merangsang semula perjalanan riadah tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor dalam kenyataan pada Rabu lepas memaklumkan program “ERL RM1 Joyride Weekend” ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada hari Sabtu 27 November 2021.
RM1 Joyride: Tarikh dan Cara Pembelian Tiket
Promosi dan kempen ini hanya terhad pada tarikh 27 dan 28 November 2021 (Sabtu & Ahad) bagi memberi peluang kepada Keluarga Malaysia untuk bersiar-siar menaiki ERL pada hujung minggu ini.
Promosi istimewa ini hanya boleh didapati dengan pembelian menerusi aplikasi mudah alih KLIA Ekspress bermula 22 Nov.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.erl_project
https://apps.apple.com/my/app/klia-ekspres/id1504838390
Anda juga berpeluang menikmati 2x Mata EkspreSmiles untuk setiap pembelian tiket sekiranya anda menjadi ahli EkspreSmiles.
Jadual Perjalanan Train ERL Bersempena Kempen ERL RM1 Joyride Weekend
Pihak Express Rail Link Sdn Bhd akan meningkatkan kekerapan tren mereka kepada setiap 30 minit dari 9 pagi hingga 9 malam, hanya untuk dua hari!
Perlu diingatkan apabila anda berada di atas train atau di sekitar stesen ERL, jangan lupa untuk memakai topeng muka anda, mengekalkan penjarakan sosial, amalkan kebersihan diri dan ikut SOP yang telah ditetapkan.
Jadual perjalanan khas untuk 2 hari tersebut adalah sebagaimana berikut;
Info & Maklumat Lanjut
Info dan maklumat lanjut, sila layari;
Facebook: https://www.facebook.com/KLIATransit
Laman web: https://www.kliaekspres.com/
Anda juga berpeluang menikmati perjalanan tanpa had menaiki LRT, MRT, dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT pada hujung minggu dan cuti umum mulai 1 Disember 2021. Hanya bayar RM15 untuk 4 orang bagi perjalanan tanpa had tersebut.