Mungkin ramai yang tak perasan kerajaan menyediakan domain laman web percuma .biz.my dan Go2 Brand buat semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) sejak tahun lepas lagi.
Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Program Realisasi Impian Ekonimi Digital (PRIME) bagi menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) ke arah penggunaan digital dalam ekonomi di seluruh Malaysia.
Dengan domain .biz.my dan Go2 Brand secara percuma ini diharapkan mampu mendorong PKS dan usahawan menjalankan perniagaan dalam talian dan memiliki platform e-dagang sendiri.
Apa itu .biz.my dan Go2 Brand?
.BIZ.MY + GO2 Brand Standard adalah aplikasi pemasaran digital yang menyatukan semua platform digital dengan nama domain tunggal.
Ini adalah inisiatif oleh MYNIC untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS Mikro) untuk menyelesaikan ekosistem transformasi digital negara. Program ini menawarkan 20,000 nama domain PERCUMA untuk PKS Mikro yang mendaftar sebelum hujung tahun ini.
Kelebihan program ini merangkumi:
- Memperkukuhkan kehadiran digital PKS Mikro sedia ada di media sosial dan e-Pasaran
- Gabungkan semua platform digital dengan nama domain tunggal
- Meningkatkan nilai dan kepercayaan jenama di pasaran
- Tingkatkan jangkauan pasaran dengan mempromosikan PKS Mikro Malaysia bersama jenama & produk mereka
Selain itu Pendaftaran .BIZ.MY melalui PRIME akan mendapat pakej GO2 Brand Standard* yang mempunyai perkhidmatan pemetaan (domain redirect) ke lima (5) aplikasi popular seperti WhatsApp, Instagram, Google Maps dan banyak lagi.
Syarat Kelayakan
Terbuka kepada semua PKS Mikro yang berdaftar dengan SSM (pejabat tempatan & pejabat daerah di Sabah & Sarawak)
Harga Renew selepas Setahun
Setiap PKS Mikro hanya layak memohon satu biz.my secara percuma selama satu tahun sepanjang tempoh promosi.
Pembaharuan ke-2, ke-3 dan ke-4 berikutnya hanya perlu membayar RM90 selama 3 tahun dan bukannya RM240.
Permohonan
Anda boleh dapatkan domain .BIZ.MY secara percuma di laman web berikut:
Masukkan domain pilihan anda dan tekan butang cari.
Sekiranya domain pilihan anda masih belum dipilih orang lain (available), anda layak untuk memohon domain tersebut. Namun sekiranya nama tersebut telah dipilih, anda tidak boleh meneruskan langkah seterusnya.
Untuk anda mendapatkan domain .BIZ.MY percuma 1 tahun, maklumat berikut diperlukan:
- Kod kupon dari agensi yang terlibat (masukkan Masukkan kod kupon “MYBIZ” untuk mendapatkan pendaftaran percuma.)
- Maklumat pendaftaran syarikat
- Muat naik salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan
Tarikh Akhir Permohonan
Promosi domain percuma untuk PKS ini akan berakhir pada 31 Disember 2021.
Oleh yang demikian, sila dapatkan domain percuma anda sekarang.
Info dan Maklumat lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut, sila layari laman portal MYNIC melalui pautan berikut;
https://mynic.my/prime dan lihat soalan lazim FAQ di https://mynic.my/biz/faq/#prime
Sumber; https://belanjawan2021.treasury.gov.my/ & https://mynic.my/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.