Tarikh Bayaran i-Citra Bulan Disember 2021

Bayaran i-Citra bagi bulan Disember merupakan bayaran terakhir bagi mereka yang membuat permohonan awal pada Julai yang lalu. 

Bayaran pertama bagi mereka yang layak  permohonan ini telah dibuat awal Ogos yang lalu. Manakala bayaran terakhir adalah pada bulan ini (Disember 2021).

Bagi mereka yang membuat permohonan awal i-Citra, ini merupakan bayaran kali kelima dan terakhir sejak ia diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara serta bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Disember tidak diumumkan secara rasmi oleh KWSP dalam mana-mana saluran media sosial berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Namun, berdasarkan pembayaran bagi  bulan Ogos –  November yang lalu, ia akan dikreditkan pada awal bulan.

Menurut KWSP, pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja dan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Oleh yang demikian, kesabaran dan pertimbangan anda sepanjang proses pembayaran dilaksanakan amat dihargai.

Jumlah Bayaran i-Citra Disember

Jumlah bayaran maksimum keseluruhan i-Citra adalah RM5000.

Namun bagi bulan Disember, ia bergantung kepada jumlah pengeluaran yang anda pernah memohon sebelum ini.

Sebagai contoh, amaun kelayakan i-Citra anda adalah RM5000, bayaran terakhir adalah RM1000 sebagaimana jumlah bayaran bagi bulan-bulan sebelum ini.

Namun, sekiranya amaun kelayakan adalah kurang daripada RM5000, bayaran i-Citra terakhir adalah berdasarkan baki amaun kelayakan.

Lihat jadual dari paparan portal KWSP ini untuk penjelasan lebih lanjut.

Amaun kelayakan dan pembayaran i-Citra KWSP

Semakan Status Terkini Bayaran 

Ahli-ahli dinasihatkan membuat semakan status terkini bayaran i-Citra bulan Disember melalui i-Akaun (Ahli) https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login 

Hanya 4 langkah mudah:

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kios KWSP

(Sila lihat pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks)

2. Log masuk i-Akaun, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna dan kata laluan sementara diterima melalui SMS

3. Cipta ID Pengguna, kata laluan dan frasa rahsia

4. Setelah pengaktifan berjaya, log semula ke i-Akaun dan sahkan nombor TAC yang telah didaftarkan!

Dengan i-Akaun, anda boleh mengemaskini profil peribadi, semak status penamaan dan kelayakan pengeluaran, mendaftar Simpanan Shariah, menyemak penyata dan rekod caruman ahli serta majikan.

Semuanya di hujung jari. Jom daftar i-Akaun dengan hanya 4 langkah mudah di atas!

Permohonan i-Citra

Tiada lagi permohonan i-Citra buat masa sekarang. Permohonan sebelum ini telahpun ditutup pada 30 September yang lalu yang mana permohonan ini dibuat secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my

Ramai Kecewa i-Citra RM10,000 Tidak Diumumkan Dalam Bajet 2022

Ramai yang kecewa dan tidak kurang yang marah apabila tiada pengumuman rasmi bagi pengeluaran i-Citra RM10,000 dalam Bajet 2022.

Perkara ini turut disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang melahirkan rasa hampa apabila perkara ini tidak dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Namun antara yang menjadi harapan besar majoriti rakyat iaitu Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off yang tidak dimasukkan oleh Kerajaan dalam pembentangan kelmarin.

Apakan daya, walaupun perkara ini telah berkali-kali diperjuangkan secara konsiste bahkan diutarakan di dalam pelbagai medium, platform termasuk mengadakan siri-siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negara hatta pengurusan tertinggi KWSP.

Sementara itu, beberapa laporan akhbar tempatan melaporkan 46 peratus atau 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000 yang mana majoriti ahli adalah Bumiputera.

Mungkin atas sebab tersebut, ia menjadi alasan kepada kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada dana KWSP lagi kerana khuatir ramai yang tidak mendapat dana yang secukupnya ketika hari persaraan.

Sebelum ini kerajaan telah memberi kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

Info dan Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Scroll to Top