BKC fasa 3 merupakan bayaran terakhir untuk Bantuan Khas Covid-19 tahun 2021. Tiada lagi BKC pada tahun hadapan sebaliknya ia digantikan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022).
Untuk makluman, pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) melibatkan 3 fasa iaitu September, November dan Disember 2021.
Pun begitu, tidak semua kategori akan menerima pembayaran BKC fasa 3 bulan Disember ini.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila teliti maklumat berikut agar anda tidak keliru dengan bayaran yang akan disalurkan.
Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.
Semakan Status
Semakan status BKC boleh dibuat di laman portal rasmi BKC;
Untuk membuat semakan status kelulusan BKC melalui portal MyBKC, caranya adalah sebagaimana berikut;

- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
Kelayakan Penerima BKC
Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu
- Miskin
- B40
- M40
Untuk Miskin dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;
- Isi rumah / Warga emas – RM5000 dan ke bawah.
- Bujang – RM2,500 dan ke bawah
Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan
- Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
- Bujang – RM2,501 – RM5,000
Lihat jadual berikut untuk lebih jelas.

Tarikh Bayaran BKC Fasa 3
Bayaran Fasa 3 bagi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Isnin 20 Disember 2021 membabitkan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan peruntukan itu seramai 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 mendapat manfaat.
Katanya, dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siapa Yang Dapat Pembayaran Untuk Fasa 3?
Untuk makluman, tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam bulan Disember ini.
Kategori penerima yang akan menerima bayaran kali ini adalah untuk mereka yang berada dalam kategori Isu rumah miskin dan B40 sahaja;
KATEGORI MISKIN
- Isi Rumah – RM300.00
KATEGORI B40
- Isi Rumah – RM300.00

Untuk bujang dan warga emas bagi kategori miskin & B40, tiada pembayaran BKC pada bulan Disember ini.
Begitu juga tidak pembayaran bagi isi rumah, warga emas dan bujang kategori M40 pada bulan ini.
Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Soalan yang sering ditanya oleh rakyat adalah bagaimana saya ingin membuat permohonan BKC?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kaedah Bayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
Penunaian Bayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Untuk pembayaran secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC. Rujuk laman sesawang BKC untuk maklumat lanjut.
Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter. Selain itu, pelanggan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.
Berikutan kejadian banjir, kami menggalakkan para pelanggan untuk membuat semakan berkaitan sebarang penutupan Cawangan BSN melalui laman web atau media sosial rasmi BSN sebelum ke cawangan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
Untuk makluman, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) pada tahun hadapan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Soalan Lazim (FAQ) BKC
Mulai 20 Disember 2021 (ISNIN) secara berperingkat.
Hanya kategori isi rumah miskin dan B40 dapat bulan Disember
– Miskin Isi Rumah – RM300.00
– B40 Isi – RM300.00
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan dibuat berdasarkan data JKM, Ekasih, BPR dan data percukaian LHDNM.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.