Thursday, September 21, 2023
HomeInfoTarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Disember 2021

Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Disember 2021

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Disember 2021 ini.

Beberapa bantuan akan diberikan pada bulan Disember ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dalam usaha memulihkan kembali ekonomi keluarga masing-masing.

Perkara-perkara penting seperti pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada penghujung tahun ini sebelum memasuki tahun baru 2022.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Bayaran BKC Fasa 3 (Disember 2021)

Pembayaran Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Bayaran fasa 2 & 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Tarikh sebenar akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. 

Semakan status kelayakan BKC boleh dibuat di laman rasmi portal Bantuan Khas Covid-19

https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?

Siapa yang dapat bayaran untuk BKC fasa 3?

Miskin 

  • Isi Rumah – RM300

B40

  • Isi Rumah – RM300

Untuk makluman, tiada pembayaran bagi golongan bujang & warga emas pada Disember 2021.

Bayaran BKC Fasa 3 (Disember)

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan Disember 2021

Tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Disember 2021 dijangka akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021 (RABU).

Pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja dan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

  • Semak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli)
  • Hubungi hotline i-Citra 03-89224848 untuk sebarang pertanyaan.

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Untuk makluman, permohonan i-Citra ini telahpun ditutup pada  30 September 2021 yang lalu

Sehingga kini, tiada lagi khabar angin mengenai pelaksanaan i-Citra 10K pada masa akan datang.

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bagi Bulan DISEMBER 2021

Jika ada yang bertanya mengenai tarikh bayaran bantuan JKM bulan Disember 2021, ia telah dikreditkan kepada penerima mulai 25hb-30hb November 2021 yang lalu.

​​Perkara ini diumumkan dalam Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat  pada 24 November 2021.

Sementara itu, tarikh bayaran bagi Bulan JANUARI 2022 pula akan mula dikreditkan pada awal bulan mulai 1hb-10hb Januari 2022.

Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu;

  1. Bantuan Kanak-kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Am Persekutuan (BA)
  6. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
  7. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  8. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
  9. Tabung Bantuan Segera (TBS)
  10. Bantuan Warga Emas (BWE)
  11. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)

Info lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php 

Pas Keluarga Malaysia Tanpa Had Rapid KL Hujung Minggu

Dalam meraikan semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pas Keluarga Malaysia pada 22 November 2021 yang lalu bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Anda boleh membeli pas ini bermula 1 Disember 2021 (Rabu) di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen BRT

Pas ini dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum

Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.

Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah adalah percuma.

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman  PTPTN Sehingga 15% 

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
Insentif Bayaran Balik PTPTN Bajet 2022

PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Menurut PTPTN, Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN iaitu

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

Anda juga boleh menghubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Bayaran RM300 Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA Bulan Disember 2021

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM191 juta kepada 232,000 pekebun kecil getah di seluruh negara menerusi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun 2021.

Permohonan dan kemaskini maklumat bagi bantuan ini telah tutup 15 November 2021.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM600 yang akan  disalurkan dalam dua peringkat iaitu;

  • November – RM300
  • Disember – RM300

Semakan BMT boleh dibuat melalui pautan berikut;

https://bmt.risda.gov.my/

Bantuan Bayaran Balik URUS B50 

Kerajaan mengumumkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan Urus untuk membantu peminjam B50 di negara ini.

Ia membabitkan sokongan bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas termasuk B40 yang berpendapatan kasar kurang dari RM5880 sebulan.

Kemudahan yang ditawarkan merangkumi pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa  jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Program urus ini telah dirangka sektor perbankan bersama Bank Negara dan Institusi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tempoh permohonan adalah mulai 15 November 2021 hingga  31 Januari 2022.

Lawati 👉🏻 akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus

untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.

Para peminjam boleh memohon bantuan melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dengan menghubungi bank masing-masing mulai 15 November 2021.

Tarikh Akhir Permohonan Domain Percuma Biz.my adalah 31 Disember 2021

Mungkin ramai yang tak perasan kerajaan menyediakan domain laman web percuma .biz.my dan Go2 Brand buat semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) sejak tahun lepas lagi.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Program Realisasi Impian Ekonimi Digital (PRIME) bagi menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) ke arah penggunaan digital dalam ekonomi di seluruh Malaysia.

Dengan domain .biz.my dan Go2 Brand secara percuma ini diharapkan mampu mendorong PKS dan  usahawan menjalankan perniagaan dalam talian dan memiliki platform e-dagang sendiri. 

Anda boleh dapatkan domain .BIZ.MY secara percuma di laman web berikut:

​​https://mynic.my/prime

Masukkan domain pilihan anda dan tekan butang cari.

Sekiranya domain pilihan anda masih belum dipilih orang lain (available), anda layak untuk memohon domain tersebut. Namun sekiranya nama tersebut telah dipilih, anda tidak boleh meneruskan langkah seterusnya.

Untuk anda mendapatkan domain .BIZ.MY percuma 1 tahun, maklumat berikut diperlukan:

  1. Kod kupon dari agensi yang terlibat (masukkan Masukkan kod kupon “MYBIZ” untuk mendapatkan pendaftaran percuma.)
  2. Maklumat pendaftaran syarikat
  3. Muat naik salinan sijil pendaftaran syarikat atau perniagaan
Permohonan Domain .biz.my Percuma Untuk PKS Sehingga 31 Disember 2021

Penyambungan Automatik 3 Bantuan MAIWP Oktober – Disember 2021

Untuk makluman Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membuat penyambungan secara automatik bagi tiga bantuan bulanan untuk penerima bantuan negeri ini.

Penyambungan diberikan secara automatik bagi penerima bantuan kewangan bulanan, sewa rumah bulanan dan bantuan perubatan am yang tamat pada bulan Oktober hingga Disember 2021.

Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Oleh yang demikian, anda tidak perlu hadir ke pejabat untuk tujuan mengisi borang penyambungan ini.

Penyambungan Automatik Bantuan MAIWP Sehingga Disember 2021

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT 2021 Lembaga Zakat Kedah Ditutup 31 Disember 2021

LZNK menyediakan bantuan Awal Pengajian (sekaligus – one-off) utk setiap peringkat pengajian yang berbeza mengikut syarat kelayakan.

Jumlah bantuan adalah sebagaimana berikut;

PERINGKAT PENGAJIANJUMLAH
Sijil/MatrikulasiRM300.00
DiplomaRM600.00
IjazahRM800.00
IPT Luar NegaraRM1,000.00

Tarikh tutup bantuan ini adalah pada 31 Disember 2021.

​​https://www.facebook.com/zakatkedah/posts/2223886711083314 

Info lanjut mengenai cara memohon sila layari;

www.zakatkedah.com.my

>> klik Menu ATAS TALIAN

>> BANTUAN AWAL IPT

>> Pilih Dalam / Luar Negara

Skim Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah 2021

Permohonan dan Pengemaskinian ePerumahan Rumah Mampu Milik Terenggganu (RMM) pada 31 Disember 2021

RMMT adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.

Bermula 1 September 2021, bagi yang telah mendaftar sebelum ini perlu mengemaskinikan maklumat permohonan sebelum akhir tahun ini 

Permohonan adalah 100% secara atas talian (online) melalui sistem ePerumahan Terengganu. Tiada lagi permohonan secara manual dilakukan.

Pendaftaran dan permohonan baharu telah dibuka pada September yang lalu dan bagi yang telah mendaftar sebelum ini perlu mengemaskinikan maklumat permohonan sebelum 31 Disember 2021. 

Bagi pemohon baharu yang ingin membuat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu ini, permohonan adalah secara atas talian (online) melalui portal ePerumahan Terengganu melalui pautan berikut;

https://eperumahan.terengganu.gov.my/

Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) ePerumahan Negeri Terenggganu 2021

Info Tambahan: Permohonan baharu dan kemaskini maklumat bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 1 Januari 2022.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!