Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40

Dalam usaha memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan medianya pada 19 September yang lalu, Pakej Penjagaan Covid-19 ini dirangka sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

Apa itu Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

PPC merupakan inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Pek Penjagaan Covid-19 Untuk B40
Sumber: Facebook Pejabat Perdana Menteri
Pakej Penjagaan Covid-19 KKM

Permohonan PPC

Tiada permohonan untuk pakej ini kerana pemberian adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Menurut kenyataan Perdana Menteri;

“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.”

“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.”

“Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.”

Semakan PPC Melalui Data BPR

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR;

https://bpr.hasil.gov.my/

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    1. Status Permohonan
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Tarikh Pelaksanaan / Pemberian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantarannya di Facebook pada 30 November yang lalu memaklumkan Pakej Penjagaan COVID-19 dalam proses penghantaran pada Keluarga Malaysia B40

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Pos Malaysia akan uruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Senarai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
  • 1 pulse oximeter;
  • 1 termometer; serta
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
Senarai Bantuan PPC
Sumber: Facebook Pejabat Perdana Menteri

Semoga dengan pemberian PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Kenyataan Media Perdana Menteri

Sumber; Facebook Pejabat Pendana Menteri

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top