Sunday, June 4, 2023
HomeSemasaBantuan Kewangan Khas RM1000 Untuk Penjawat Awam Negeri Kedah

Bantuan Kewangan Khas RM1000 Untuk Penjawat Awam Negeri Kedah

Penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri kedah akan menerima RM1,000 melalui bantuan kewangan khas sebagai menghargai amanah dan tanggungjawab yang ditunaikan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman pada 14 November 2021 (Ahad).

“Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan penjawat awam negeri, kerajaan bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak satu (1) ribu ringgit seorang kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri.”

“Kerajaan berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam negeri untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.”

Bantuan Kewangan Khas RM1000 Penjawat Awam Kedah

Menteri Besar juga juga turut mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan pemberian peruntukan bantuan mengurus Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak RM3.768 juta pada 2022.

“RM8,000 disediakan untuk DUN Kerajaan dan RM2,000 untuk DUN pembangkang setiap bulan,” katanya.

Selain itu, katanya peruntukan untuk EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ditambah sebanyak RM50,000 bagi menyantuni keperluan masyarakat di DUN masing-masing.

Peruntukan itu bagi melaksanakan pembaikan kecil di bawah Program Desa Sejahtera. Ini membolehkan kerja menggantikan atap rumah bocor, membaiki kerosakan bilik air, dapur atau menggantikan lampu rosak golongan miskin dilakukan.

“Buat kali pertama, kerajaan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM50,000 kepada Speaker DUN bagi membantu memperkasakan fungsi Speaker,” katanya.

Bajet 2022 juga menyediakan sebanyak RM39.8 juta untuk meneruskan program kepada golongan yang terjejas pendapatan.

Ini termasuk peruntukan RM3.24 juta (pertambahan RM1.08) untuk Program Beras Sejahtera serta menaikkan kadar bayaran Khairat Kematian dari RM350 ke RM500 bagi setiap kematian warga Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, Bajet 2022 juga meneruskan Program Anakku Sejahtera yang dilaksanakan pada tahun ini dengan kerjasama SSPN membabitkan peruntukan RM1 juta.

Bagi memperkasa agenda membantu golongan rentan, katanya kerajaan akan meningkatkan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menyediakan RM24.82 juta untuk bayaran bantuan am bulanan, bantuan bencana, bantuan pusat aktiviti warga emas, bantuan pusat aktiviti kanak-kanak dan rumah orang-orang tua.

Selain itu, katanya kerajaan meneruskan bantuan sebanyak RM2 juta kepada keluarga yang menguruskan dan menjaga pesakit terlantar.

Katanya, sebanyak RM500,000 pula disediakan untuk bantuan membeli peralatan perubatan kepada pesakit miskin yang boleh dipohon melalui empat buah hospital, iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim dan Hospital Sultanah Maliha. 

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!