Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka bantuan permohonan agihan zakat bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Maghribi bagi tahun 2021.
Rakyat negeri Kedah yang ingin melanjutkan pengajian ke Maghribi jangan lepaskan peluang memohon bantuan zakat ini.
Baca dengan teliti maklumat di bawah agar permohonan anda diluluskan.
Dasar Agihan Zakat Melanjutkan Pelajaran Ke Maghribi
- Agihan zakat ini merupakan skim bantuan Pendidikan di bawah peruntukan tahun 2021 yang telah diluluskan pada Mesyuarat Lembaga Zakat Negeri Kedah.
- Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan skim agihan zakat kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Maghribi.
- Agihan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2020.
- Agihan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

Kadar Bantuan Maghribi
Kadar bantuan bagi agihan ini adalah berdasarkan kepada keputusan pengajian sebagaimana berikut;
BIL | KEPUTUSAN PENGAJIAN | JUMLAH BANTUAN |
1. | Mumtaz | RM 10,000.00 |
2. | Jayyid Jiddan | RM 8,000.00 |
3. | Jayyid | RM 6,000.00 |
4. | Maqbul | RM 3,000.00 |
Syarat-syarat dan Kelayakan
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
- Agihan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
- Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
- Surat akuan belajar Sesi pengajian tahun 2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar
- Keputusan peperiksaan yang terkini ( Sesi pengajian tahun 2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar.
- Salinan akaun bank pemohon.
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)
Cara Memohon
Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :
https://bit.ly/LZNKMAGHRIBI2021 (AGIHAN ZAKAT MAGHRIBI )
Panduan Permohonan Agihan Zakat Melanjutkan Pengajian ke Maghribi bagi tahun 2021
- Isi maklumat permohonan di laman rasmi LZNK www.zakatkedah.com.my
- Daftar akaun
- Semak email
- Muat naik dokumen sokongan
- Kemaskini permohonan
- Proses permohonan
Lihat gambarajah di bawah untuk lebih jelas;

Sebagai panduan lanjut permohonan atas talian, sila lihat pautan di bawah;
https://bit.ly/GarisPanduanMaghribi
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan bagi agihan zakat ini ditutup pada 25 NOVEMBER 2021 (Khamis).
Info dan Pertanyaan Lanjut
Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan agihan zakat bagi bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Maghribi ini bolehlah berhubung dengan;
Bahagian PendidikanAras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah No Tel : 1800-88-1740 Whatsapp & Call : +6013-4592071 |
Sumber: Facebook LZNK & Laman Portal LZNK
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.