Permohonan Dermasiswa Luar Negara Zakat Perak MAIPk Ditutup 20 Nov

Dimaklumkan bahawa permohonan dermasiswa online Zakat Perak MAIPK telah dibuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah (kemasukan TAHUN 2015 ke bawah) dan pondok.

Pelajar-pelajar yang ingin memohon bantuan ini, baca dengan teliti syarat dan tatacara di bawah agar dapat diluluskan.

Tarikh Permohonan 

Permohonan ini dibuka mulai 04 November 2021 (12.00 AM) sehingga 20 November 2021 (11.59 AM).

PERMOHONAN DERMASISWA ONLINE BAGI PELAJAR LUAR NEGARA KINI TELAH DIBUKA

Kelayakan Umum

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
  3. Menetap di Perak – Lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  4. Institusi Pengajian Diiktiraf JPA -Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 
  5. Kursus Pengajian Diiktiraf JPA – Kursus pengajian yang di ambil mestilah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  6. Tiada Tajaan Dari Mana-Mana Pihak – Pemohon tidak mendapat tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi
  7. Pengajian Sepenuh Masa Melebihi Setahun – Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun serta dilaksanakan secara sepenuh masa.
  8. Berdaftar Dengan KPTM – Semua permohonan ke luar negara hendaklah berdaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
  9. Institusi Pengajian Diiktiraf JPA – Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 
  10. Kursus Pengajian Diiktiraf JPA – Kursus pengajian yang di ambil mestilah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  11. Keutamaan Asnaf Fakir Miskin – Keutamaan kepada ibubapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian

Cara Memohon Dermasiswa Luar Negara Zakat Perak MAIPk

  • Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://online.maiamp.gov.my/fisabilillah/ 
  • Layari laman sesawang https://bit.ly/2PvWoY5 untuk muat turun borang permohonan secara manual. 
  • Permohonan yang LENGKAP perlu dicetak (1 salinan) dan dihantar sendiri ke Pejabat Atase Pendidikan negeri Perak untuk proses selanjutnya.

Dokumen yang diperlukan

  • Sila sertakan dokumen berikut;
    • Surat pengesahan pengajian terkini (Surat tasdiq/ Isbat tholib). 
    • Slip keputusan peperiksaan terkini. 
    • Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/pencen ibu / bapa, penjaga. 
    • Muka hadapan akaun bank. 
    • Salinan surat pengesahan tinggal (Mastautin) Ibu Bapa di Negeri Perak. 

Info lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan terutamanya pelajar-pelajar di Mesir dan Jordan sila hubungi talian: 

  • +201098569800 (En. Tasyreef), atau 
  • +201024824523 (En. Muhammad Fauzan). 

Layari laman web https://www.maiamp.gov.my/ info info selanjutnya.

*** Pelajar-pelajar DIGALAKKAN agar dapat menyebarkan iklan ini bagi mengelak keciciran maklumat dan terlepas daripada tarikh permohonan sebenar.

Bertekadlah untuk menuntut ilmu, moga kalian mendapat berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.
Sumber: Facebook Zakat Perak-MAIPk

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top