Thursday, September 21, 2023
HomeBajet 2022Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Bermula Januari 2022

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Bermula Januari 2022

Menerusi Bajet 2022, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan Kerajaan untuk melaksanakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bermula Januari 2022.

PERKESO komited untuk melaksanakan inisiatif ini dan menyokong penuh keprihatinan Kerajaan untuk melindungi nasib dan memperkasakan golongan wanita di negara ini khususnya golongan suri rumah.

Apa itu Program Kasih Suri Keluarga Malaysia?

Program ini merupakan perlindungan keselamatan sosial bagi suri rumah melalui caruman KWSP dan PERKESO.

Ia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada 29 Oktober yang lalu.

“Bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan PERKESO, Kerajaan menyediakan 80 juta ringgit di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.”

“Pada tahun ini, Kerajaan telah meluaskan liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO untuk turut mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal.”

“Bagi tahun hadapan, inisiatif  ini  diteruskan  dengan  nilai  caruman  80 peratus dan meluaskan manfaatnya kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 810 ribu pekerja sendiri.”

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia RM80 Juta
RM80 Juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

Pelaksanaan Program

Pelaksanaan program ini adalah  melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Namun buat masa sekarang, KWSP dan PERKESO belum lagi memperincikan maklumat tersebut.

Tarikh Pelaksanaan

Menurut PERKESO, ia akan dilaksanakan mulai Januari 2022.

Info dan Maklumat lanjut

Ikuti laman sosial PERKESO & KWSP untuk info dan pengumuman terkini;

PERKESO

Facebookhttps://www.facebook.com/PERKESO.Official 
Instagramhttps://www.instagram.com/perkeso.official/ 
Twitterhttps://twitter.com/perkesoofficial 
Laman webhttps://www.perkeso.gov.my/ 

KWSP

Facebookhttps://www.facebook.com/KWSPMalaysia 
Instagramhttps://www.instagram.com/kwspmalaysia/ 
Twitterhttps://twitter.com/KWSPMalaysia 
Laman webhttps://www.kwsp.gov.my/ 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!