Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan November 2021

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan November 2021 ini.

Beberapa bantuan akan diberikan pada bulan November ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dalam usaha memulihkan kembali ekonomi keluarga masing-masing.

Perkara-perkara penting seperti pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya amat diharapkan agar berjalan dengan lancar dengan berbaki 2 bulan sebelum memasuki tahun baru 2022.

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan November 2021.

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan November 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan November 2021 akan dibuat secara berperingkat bermula 1 November 2021.

Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Untuk makluman, permohonan i-Citra ini telahpun ditutup pada  30 September 2021 yang lalu.

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman  PTPTN Sehingga 15% Bermula 1 November 2021

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

  • Insentif Bayaran Balik PTPTN Bajet 2022
  • Diskaun 15% Bayaran Balik PTPTN
  • Diskaun 12% Bayaran Balik PTPTN
  • Diskaun 10% Bayaran Balik PTPTN

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  1. Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  2. Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Menurut PTPTN, Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN berikut:

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

selepas 01/11/2021 atau boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Bayaran BKC Fasa 2 (November 2021)

Pembayaran BKC fasa 2 akan disalurkan oleh Kerajaan dalam bulan November ini.

Tarikh sebenar akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. 

Semakan status kelayakan BKC boleh dibuat di laman rasmi portal Bantuan Khas Covid-19:

https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?

Siapa yang dapat bayaran untuk BKC fasa 2?

Miskin tegar 

  • Isi Rumah – RM500
  • Warga Emas – RM300
  • Bujang – RM300
Jadual Bayaran BKC Termasuk Katerogi Bujang

RM500 Bayaran GKP 4.0 Fasa 2 (November 2021)

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000. 

GKP 4.0 akan dibayar 2 kali September dan November 2021

Semakan status bayaran boleh dibuat di laman portal GKP berikut:

https://gkp.hasil.gov.my/

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada  September sebanyak RM500 dan  November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Tarikh sebenar bayaran fasa 2 bulan November akan dimaklumkan oleh Tengku Zafrul dari masa ke semasa.

Tarikh tutup permohonan bantuan Bantuan Pelajar IPT 2021 Negeri Sabah (BUDI)  Dilanjutkan Hingga 5 November 2021

Bantuan-Tunai-Pendaftaran-IPT-BUDI dilanjut sehingga 5 November

Kerajaan negeri Sabah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara (one-off) sebanyak RM2,000 seorang kepada pelajar dari negeri ini yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar (one-off)

Permohonan BUDI hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut; 

https://budi.sabah.gov.my/login.php

Permohonan dan Kemaskini Maklumat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA Ditutup 15 November

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM191 juta kepada 232,000 pekebun kecil getah di seluruh negara menerusi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun 2021.

Permohonan dan Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Permohonan dan kemaskini maklumat bagi bantuan ini di tutup 15 November 2021.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM600 yang akan  disalurkan dalam dua peringkat iaitu;

  • November – RM300
  • Disember – RM300

Permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima 2020 boleh dibuat di portal berikut:

https://bmt.risda.gov.my/

Permohonan Bantuan Bayaran Balik URUS B50 Mulai 15 November 

Kerajaan mengumumkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan Urus untuk membantu peminjam B50 di negara ini.

  • URUS_01
  • URUS_02 Syarat Kelayakan
  • URUS_03 Bantuan yang Ditawarkan
  • URUS_04 Tarikh permohonan

Ia membabitkan sokongan bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas termasuk B40 yang berpendapatan kasar kurang dari RM5880 sebulan.

Kemudahan yang ditawarkan merangkumi pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa  jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Program urus ini telah dirangka sektor perbankan bersama Bank Negara dan Institusi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tempoh permohonan adalah mulai 15 November 2021 hingga  31 Januari 2022.

Lawati: akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.

Para peminjam boleh memohon bantuan melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dengan menghubungi bank masing-masing mulai 15 November 2021.

Permohonan Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 MAIWP Dilanjutkan Sehingga 18 November 2021

Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam hantaran di Facebooknya pada  30 Oktober memaklumkan pelanjutan bantuan untuk PKS ini sehingga 18 November 2021 (KHAMIS).

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan. 

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.00. Bantuan diberikan dalam bentuk modal pusingan

Borang Permohonan boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my / boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Untuk makluman, antara syarat bantuan ini adalah pemohon mestilah bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun

Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ Sesi 2021/2022 (Jordan & Mesir) Ditutup Pada 20 November

Berita baik buat pelajar Johor yang melanjutkan pengajian di Mesir atau Jordan. Anda kini boleh mohon Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Johor.

Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa MAIJ Jordan & Mesir bagi Sesi 20212022

Terdapat 2 jenis dermasiswa pelajar yang boleh dimohon iaitu Dermasiswa pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dan Dermasiswa Pelajar Universiti Jordan.

Syarat Kelayakan dan cara memohon sila lihat;

http://www.maij.gov.my/portfolio/skim-bantuan-dermasiswa 

Tempoh permohonan dan penghantaran dokumen mulai 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021

Semoga info tentang bantuan bulan November 2021 ini dapat membantu anda.


Tambahan: Permohonan baharu dan kemaskini maklumat bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 1 Januari 2022.

Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Mungkin Dinaikkan

Scroll to Top