Adakah terdapat bantuan untuk bujang dalam pengumumam Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera?
Untuk makluman, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz tidak mengumumkan secara langsung dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu di Dewan Rakyat.
Namun dalam hantaran di Facebooknya beliau memaklumkan memang terdapat bantuan untuk bujang Keluarga Malaysia.
Apakah Bentuk Bantuan Bujang Dalam Keluarga Malaysia?
Ramai golongan bujang yang gelisah dan tidak kurang yang marah apabila Menteri Kewangan tidak mengumumkan secara langsung bantuan untuk bujang dalam pembentangan Bajet 2022.
Sehinggalah Tengku Zafrul sendiri terpaksa memaklumkan yang sememangnya ada untuk golongan ini.
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan tunai, sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini seperti BR1M,BSH, BPN, BPR, BKC dan BKP.
Pemberian bantuan tunai ini sebenarnya berada di bawah Bantuan Keluarga Malaysia.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan untuk golongan bujang terdiri daripada 2 kategori;
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
Warga emas bujang / tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | RM350 |
Syarat Kelayakan
Buat masa sekarang, kerajaan belum memperincikan syarat dan bentuk kelayakan bantuan ini untuk golongan bujang.
Puan begitu, melalui melalui Touchpoint Budget 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan syarat kelayakan pendapatan bagi golongan bujang adalah sebagaimana berikut;
KATEGORI | KELAYAKAN (PENDAPATAN) |
Warga emas bujang / tiada pasangan | < RM5,000 |
Bujang | <RM2,500 |
Cara Permohonan
Memandangkan bantuan ini adalah untuk tahun 2022, kerajaan belum memperincikan cara memohon bantuan Bujang Keluarga Malaysia ini.
Pun begitu, berdasarkan kepada bentuk-bentuk bantuan tunai sebelum ini, permohonan akan dibuat melalui beberapa 2 kaedah iaitu;
- Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Portal rasmi khas BKM LHDNM akan dibuka. Di jangka laman web permohonan adalah seperti berikut; https://bkm.hasil.gov.my
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 dijangka adakan diperolehi kelak di;
- Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Tarikh Permohonan dan Bayaran
Berdasarkan pengalaman yang lepas, permohonan BPR dibuka pada pertengahan Januari hingga hujung Februari.
Namun bagi Bantuan Keluarga Malaysia, kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi. Ia dijangka akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Maklumat-maklumat lain
Beberapa maklumat lain berkaitan bantuan bujang Keluarga Malaysia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dari semasa ke semasa.
Sila ikuti di Facebook atau media sosial agensi berkenaan untuk maklumat dan info terkini.
Facebook Kementerian Kewangan | https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia |
Facebook LHDNM | https://www.facebook.com/LHDNM |
Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Bujang Keluarga Malaysia 2022
Ya, ada diberikan.
Warga emas bujang / tiada pasangan – RM 600
Bujang – RM350
1-31 Januari 2022
Warga emas bujang / tiada pasangan = < RM5000
Bujang = < RM2500
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.