Monday, June 27, 2022
HomeBajet 2022Bajet 2022: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM700, pesara RM350

Bajet 2022: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM700, pesara RM350

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.

Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 yang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul Tengku berkata, bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak 700 ringgit dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak 350 ringgit dengan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.”

“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.”

Dalam pada itu, beberapa inisiatif lain turut diumumkan dalam Bajet 2022 iaitu;

  1. Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari
  2. Penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari
  3. Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14 ribu pegawai penjara
  4. Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun sebagai galakan kepada penjawat awam untuk turut serta menyumbang tenaga di dalam khidmat masyarakat
  5. Bayaran insentif sebanyak 200 ringgit kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan

Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan.

Bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang memberi tumpuan khusus dalam memulihkan sektor terjejas, meningkatkan tumpuan sistem kesihatan awam serta skop pelindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Bajet 2022  ini amat penting bagi #KeluargaMalaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini.

Bajet yang telah dirangka secara inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua.

Semoga dengan pengumuman kepada perkhidmatan awam  ini dapat membantu memulihkan kembali ekonomi Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. 

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!