Semakan & Permohonan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

Dalam meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan terus komited membantu rakyat dengan mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan PKP.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 28 Jun lepas melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain daripada bantuan-bantuan yang lain.

Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan mereka yang terjejas dan dapat meneruskan kelangsungan hidup untuk bulan-bulan mendatang.

Apa itu Bantuan Kehilangan Pendapatan?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun yang lalu.

Ia bertujuan membantu mereka yang terjejas bagi meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang serta hasrat kerajaan dalam memfokuskan serta meneruskan agenda prihatin rakyat.

Jumlah Bantuan

Sebanyak RM500 akan disalurkan secara one-off kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Syarat Kelayakan

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan;

  1. Data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan;
  2. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kriteria Kelayakan BKP

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

  1. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  2. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021) 

Permohonan dan Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober, melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan ini akan disalurkan mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat.

Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.

Kaedah Bayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Pengkreditan ke akaun bank

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

  1. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif. 

Notis BSN Penerima BKP

Info dan Maklumat Lanjut

Kenyataan Media BKP (1)
Kenyataan Media BKP (2)

Tarikh Kemaskini: 25 Oktober 2021

Soalan Lazim Bantuan Kehilangan Pendapatan

Apa itu BKP?

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Pajek PEMULIH yang bertujuan membantu mereka yang terjejas bagi meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang serta hasrat kerajaan dalam memfokuskan serta meneruskan agenda prihatin rakyat.

Berapa Jumlah Bayaran

RM500

Semakan Kelayakan

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober, melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Tarikh Bayaran

26 Oktober 2021

Syarat Kelayakan

– Mereka yang kehilangan pendapatan
– Berdasarkan data KWSP dan PERKESO tahun 2021

Group Facebook Group Info Bantuan Semasa 2021
Join Group Facebook: Info Bantuan Semasa 2021

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top