Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM191 juta kepada 232,000 pekebun kecil getah di seluruh negara menerusi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun 2021.
Bantuan ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.
Oleh yang demikian, sekiranya Tuan/Puan yang ingin memohon Bantuan Musim Tengkujuh ini, sila baca dengan teliti syarat-syarat dan cara permohonan.
Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh?
Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.
Jumlah Bantuan dan Tarikh Pembayaran
Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 akan disalurkan dalam dua peringkat iaitu;
- November – RM300
- Disember – RM300
Tarikh Permohonan dan Kemaskini
Permohonan dan kemaskini maklumat dibuka mulai 15 September 2021 – 15 November 2021.
Penerima BMT tahun 2020 dimohon untuk kemaskini maklumat anda di laman portal BMT
Syarat-syarat Kelayakan BMT 2021
Pekebun Kecil Risda
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja. (sama ada Pekebun kecil atau Penoreh)
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
- Pengesahan pemilik tanah yang sah.
- 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja. (sama ada Pekebun Kecil atau Penoreh)
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Cara Memohon BMT 2021
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat melalui dua cara iaitu;
- Melalui atas talian (online)
- Melalui pejabat RISDA
Permohonan Atas talian
- Buat permohonan – Buat permohonan di https://bmt.risda.gov.my/
- Kelayakan – Semakan kelayakan akan dibuat oleh Pegawai RISDA
- Status Permohonan – Status permohonan boleh disemak di website https://bmt.risda.gov.my/
- Terima bantuan – Bantuan akan disalurkan ke akaun pemohon melalui Electronic Fund Transfer (EFT)
*Rayuan – Permohonan yang tidak layak boleh membuat rayuan

Permohonan Melalui Pejabat Risda
- Buat Temujanji – Buat temujanji masa dan tarikh untuk buat permohonan di Pejabat RISDA berhampiran.
- Hadir Temujanji – Hadir ke Pejabat RISDA pada masa dan tarikh temujanji
- Buat permohonan – Buat permohonan BMT 2021 di Pejabat RISDA
- Semakan – Semakan kelayakan akan dibuat oleh Pegawai RISDA
- Terima keratan & cop terima – Pemohonon akan menerima keratan dan cop terima bagi permohonan lengkap
- Status Permohonan – Status permohonan boleh disemak di website https://bmt.risda.gov.my/
- Terima bantuan Bantuan akan disalurkan ke akaun pemohon melalui Electronic Fund Transfer (EFT)
* Pemohon perlu melengkapkan permohonan apabila semakan status kelayakan mendapati permohonan tidak lengkap.
* Sekiranya status permohonan tidak layak, pemohon boleh membuat rayuan semula.

Semakan Status
Semakan status kelulusan BMT boleh dibuat melalui laman portal rasmi RISDA iaitu;
https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Submit.
Info dan Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut sila layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/#
Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi RISDA di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau boleh juga menghubungi mana – mana Pejabat RISDA berhampiran.
Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja. Berikut adalah tatacara panduan temujanji ke pejabat RISDA berhampiran .
Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerjasama anda amat kami hargai.
Direktori Pejabat Risda Negeri dan Daerah – https://pekebunkecilmakmur.com.my/documents/direktori_pertanyaan_2.html
Sumber: Portal Pekebun Kecil Makmur
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.