Thursday, December 7, 2023
HomeInfoRM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) disalurkan mulai 26 Oktober 2021

RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) disalurkan mulai 26 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara sekali bayar (one-off) mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021. 

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,”

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Bantuan Kerajaan Bulan November

Sementara itu beberapa bayaran akan menyusul pada bulan November nanti iaitu pembayaran fasa 2 Bantuan Khas Covid 19 (BKC) yang melibatkan kategori isi rumah dan bujang dalam kalangan miskin tegar dan B40.

Jumlah bayaran BKC fasa 2 adalah antara RM300 hingga RM500 mengikut kategori penerima masing-masing.

Manakala bagi penerima Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 fasa 2 pula akan menerima bayaran sebanyak RM500 di mana tarikh pembayaran sebenar bagi kedua bayaran di atas akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, berkaitan dengan tuntutan rakyat terhadap i-Citra RM10,000 KWSP,  Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebooknya memberi bayangan bahawa tuntutan rakyat yang dibangkitkan Pemuda UMNO termasuk pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ bakal dilaksanakan kerajaan.

Menurut Asyraf, “YAB PM menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul ambil tindakan dan ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.”

“Saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak.”

Semoga bantuan kehilangan pendatan dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!