Soalan yang sering ditanya mengenai BKP, bagaimana saya boleh membuat semakan status Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) dan bolehkah saya membuat permohonan bantuan ini?
Sebagai makluman, Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri pada 25 Oktober lepas telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi bantuan ini yang telah diumumkan dalam PEMULIH 2021.
Semakan BKP boleh dibuat di laman portal rasmi BKP.
Semakan BKP
Semakan status BKP telah dibuka di laman portal khas mulai 26 Oktober 2021 (Selasa) iaitu;
Untuk membuat semakan status kelulusan bantuan ini, caranya adalah sebagaimana berikut;

Sila ikuti langkah semakan di bawah
- Layari https://bkp.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad
- Masukkan kod kaptcha yang betul
- Paparan semakan status akan dipaparkan sama ada berjaya ataupun tidak sebagaimana di bawah.

Mereka yang lulus bantuan ini akan tertulis sebagai PENERIMA BKP 2021.
Manakala jika semakan tidak lulus pula ditulis sebagai Semakan mendapati nombor MyKad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKP 2021. Sila semak semula nombor MyKad atau rujuk FAQ BKP 2021 bagi menyemak kelayakan BKP 2021.
Siapa yang layak menerima BKP
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Bagaimana cara membuat Permohonan BKP?
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kriteria Kelayakan BKP
Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:
- Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
- Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021)
Jumlah Bayaran Bantuan BKP
Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara one- off.
Tarikh Bayaran
Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat. Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Kaedah Bayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
Penunaian Bayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
[Notis Terkini] Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan pembayaran BKP melalui pengkreditan ke daman akaun telah bermula pada 26 Oktober 2021 (Selasa) manakala pembayaran tunai akan bermula pada 28 Oktober 2021 (Khamis) secara berperingkat.
Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyemak status kelayakan ini melalui cara berikut;
- Dari laman portal https://bkp.hasil.gov.my/
- Menghubungi LHDNM hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747

Hal-hal lain berkaitan BKP
Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKP yang telah diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
- Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan; dan
- Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
- Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2 62592 Putrajaya. |
Sumber: Portal Rasmi BKP
Soalan Lazim BKP
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Melalui portal BKC mulai 26 Oktober 2021
https://bkp.hasil.gov.my/SemakanStatusBKP.aspx
Mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat.
RM500 secara one- off.
Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.