Rumah Ikram Keluarga Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 September 2021.
Ia merupakan program khusus dengan menggunakan kemudahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT.
Apa Itu Rumah Ikram Keluarga Malaysia?
Rumah Ikram Keluarga Malaysia merupakan inisiatif terkini Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
Ia bertujuan memberi perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.
Kelebihan Program Rumah Ikram
Rumah Ikram menjadi teduhan kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan atau mungkin juga kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi.
Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah 2000 unit lagi yang akan memberi manfaat kepada 10,000 isi rumah yang memerlukan.
Penerima akan menerima pengecualian sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
Pengecualian bayaran sewa akan ditanggung oleh kerajaan yang melibatkan perbelanjaan peruntukan 3 juta ringgit.
Program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada diteruskan sehingga akhir tahun 2022.
Langkah ini akan memberi manfaat kepada 50,000 penghuni PPR dengan tanggungan kerajaan RM 18.84 juta.
Kerajaan akan terus komited memberikan terbaik kepada rakyat. Pelbagai inisiatif dan usaha kerajaan demi Keluarga Malaysia.
Kadar Bayaran Sewa
Bayaran sewa bagi rumah Ikram adalah sama sebagaimana bayaran sewa untuk rumah PPR iaitu RM124 sebulan.
Namun, kerajaan memberikan pengecualian sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
Ciri-ciri Rumah Ikram
Rumah Ikram merupakan kediaman berstrata antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar atau pinggir bandar.
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Senarai Projek Rumah Ikram
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Syarat-syarat Permohonan
Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
Cara Memohon Rumah Ikram
Permohonon secara dalam talian (online) telah dibuka menerusi laman rasmi
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu;
- Pemohon pertama kali
- Pemohon sedia ada.
Sila rujuk infografik di bawah untuk memohon.
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline di talian 03-8891 4475.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.