Bantuan Khas Golongan OKU RM500 Selama 3 Bulan Untuk OKU Tiada Kerja | Kerajaan menyediakan bantuan tunai RM1500 kepada orang kurang upaya (OKU) yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, untuk tempoh tiga bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan memperuntuk RM30 juta untuk tujuan itu, dan kira-kira 20,000 OKU akan mendapat manfaat.
“Bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja serta bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)”
Kata beliau, kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing OKU dan gelandangan dalam perniagaan.
“Sejumlah RM20 juta diperuntuk bagi tujuan ini dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu,” katanya.
Apa itu Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH)?
Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
Kadar Bantuan dan Tempoh Pembayaran
Bagi mereka yang lulus permohonan, kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 (Isnin) sehingga 6 Ogos 2021 (Jumaat).
Syarat-syarat permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH
- OKU yang berdaftar dengan JKM;
- OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
- OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
- Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
- OKU yang bukan kakitangan kerajaan.
Bagaimana Cara Memohon Bantuan Kewangan Khas Golongan OKU?
Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:
- Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
- Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat email [email protected]
- Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat email [email protected]
Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
- Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.
Cara Bayaran Dilakukan
Bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang permohonan yang lengkap dan diluluskan.
Tempoh Permohonan di Proses
Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.
Maklumat Untuk Dihubungi
Bilik Gerakan JKM
Waktu operasi 8.00 pagi – 5.00 petang (setiap hari waktu bekerja)
Nombor Telefon Bilik Gerakan Am
JKM Ibu Pejabat Putrajaya | 03-8323 1996 |
JKM Selangor | 03-5545 8570 |
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya | 03-2612 4025 |
JKM Johor | 07-228 1450 |
JKM Melaka | 06-232 4670 |
JKM Negeri Sembilan | 06-765 9332 |
JKM Perak | 05-254 5505 |
JKM Pulau Pinang | 04-650 5258/5259 |
JKM Kedah | 04-700 1700 |
JKM Perlis | 04-973 1926 |
JKM Pahang | 09-565 0226 |
JKM Terengganu | 09-630 1193 |
JKM Kelantan | 09-741 6925 |
JKM Sabah | 088-246 222 |
JKM Sarawak | 082-443 194 |
JKM Wilayah Persekutuan Labuan | 087-424 961 |
Talian Kasih = 15999
Whatsapp = 019 26 15999
Sumber: Laman web JKM
Kenyataan Perdana Menteri mengenai Bantuan Khas Golongan OKU
Petikan ucapan Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun 2021;
“Bagi membantu golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada, Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan 500 ringgit seorang untuk tempoh tiga bulan. Untuk itu, 30 juta ringgit diperuntukkan bagi memanfaatkan seramai 20 ribu orang OKU.”
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yasin – 28 Jun 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Bantuan Kewangan Khas OKU (PEMULIH)
Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
RM500 selama 3 Bulan. Jumlah keseluruhan bantuan adalah RM1500.
19 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021 (19 Hari)
1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.
Sila lihat pada artikel ini
OKU Negeri Selangor juga boleh memohon bantuan bantuan khas negeri Selangor RM500