Tuesday, June 6, 2023
HomePermohonanPermohonan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) PERKESO

Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) PERKESO

Program Subsidi Upah 4.0 merupakan lanjutan subsidi upah sebelum ini yang dijenamakan sebagai PSU 4.0.

PSU 4.0 dilaksanakan dibawah Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) dalam usaha membantu golongan majikan dalam kesinambungan perniagaan dengan mengekalkan pekerja mereka dalam cabaran pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa itu Program Subsidi Upah?

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 

Dalam ucapan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemuliah Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan;

“Memandangkan respon positif berhubung program ini, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak 3.8 bilion ringgit yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.”

Tan Sri Muhyddin Yasin (28 Jun 2021)
Info Grafik Program Subsidi Upah PSU 4.0

Tarikh Permohonan

Program Subsidi Upah 4.0 PEMULIH boleh dipohon mulai 1 Ogos 2021 – 31 Oktober 2021.

Kadar Bayaran Bagi Majikan

  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan bagi semua sektor
  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif 

Syarat kelayakan majikan untuk memohon Program Subsidi Upah 4.0

  1. Had bilangan pekerja yang boleh dituntut adalah 500 pekerja
  2. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2021 berbanding dengan mana- mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19. 
  3. Pendaftaran majikan –
    • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
    • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Jun 2021. 
  4. Tiada lagi had gaji pekerja.
  5. Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan, sepanjang program dijalankan. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji dengan persetujuan bersama pekerja. 

Cara Permohonan

Dibuat secara online di mana permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my 

Apakah sektor yang terlibat dalam senarai negatif yang layak untuk bantuan 2 bulan tambahan PSU 4.0 PEMULIH?

  • Sektor ekonomi tersenarai dalam senarai negatif melibatkan aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian.
  • Senarai negatif Fasa Ketiga (Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa
    PKP Secara Berperingkat) yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan.

Yang TIDAK LAYAK memohon PSU 4.0

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021;
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Jun 2021;
  • Majikan yang belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja; 
  • Pekerja yang sedang digajikan di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan);
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 4.0 PEMULIH selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan ialah;

  1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan Program Subsidi Upah 4.0 

Info dan Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Sumber: PERKESO

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!