Taklimat Program PEMULIH PERKESO: PSU dan PenjanaKerjaya 3.0

Satu taklimat mengenai Program PEMULIH PERKESO akan diadakan secara atas talian sepanjang Ogos dan awal September khusus menerangkan mengenai Program Subsidi Upah dan PenjanaKerjaya 3.0.

Dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif penting buat majikan yang terkesan dengan Pandemik Covid-19. Antaranya Program Subsidi Upah 4.0 dan PenjanaKerjaya 3.0.

Oleh yang demikian PERKESO bertanggungjawab menerangkan pelaksanaan program ini buat mereka yang terlibat khususnya para majikan.

Mengenai PSU 4.0 PEMULIH

Perdana Menteri dalam ucapan PEMULIH mengumumkan;

“Melalui inisiatif PSU 4.0, Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak 600 ringgit setiap pekerja selama tempoh empat bulan, iaitu dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN, dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.”

“Jika sebelum ini, pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah 4 ribu ringgit, sukacita saya umumkan bahawa di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih 4 ribu ringgit.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Mengenai PenjanaKerjaya 3.0 PEMULIH

Bagi PenjanaKerjaya 3.0 pula, Tan Sri Muhyiddin Yasin menyebut;

“Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program ini dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan. Ini antaranya mengurangkan had kelayakan gaji daripada 1,500 ringgit kepada 1,200 ringgit untuk program Malaysianisation supaya memberi lebih dorongan kepada majikan untuk mengganti pekerja asing dengan pekerja tempatan. Selain itu, tempoh kontrak penggajian juga akan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin – 28 Jun 2021

Tarikh Taklimat Program PEMULIH PERKESO: PSU dan PenjanaKerjaya 3.0

Taklimat Program PEMULIH PERKESO

Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dalam tempoh mencabar ini, MYFutureJobs akan menganjurkan sesi taklimat PEMULIH bagi menerangkan lebih lanjut mengenai Program Subsidi Upah dan juga PenjanaKerjaya 3.0 yang terbuka kepada majikan seluruh Malaysia. Berikut adalah maklumat program tersebut; 

Masa: 3 petang hingga 5 petang 

Medium: Aplikasi Cisco Webex 

Tarikh taklimat: 

4 Ogos 2021 

Pautan: https://bit.ly/3fdhjew 

No. Meeting: 170 745 4049 

Kata Laluan: m4VjJMjPD22 

11 Ogos 2021 

Pautan: https://bit.ly/2VlHUic 

No. Meeting: 170 896 1526 

Kata Laluan: hpKT3vHrT22  

18 Ogos 2021 

Pautan: https://bit.ly/3C7RIxx 

No. Meeting: 170 884 8994 

Kata Laluan: mjD4nMenm28 

25 Ogos 2021 

Pautan: https://bit.ly/3j2yBMx 

No. Meeting: 170 840 3785 

Kata Laluan: xD6G9W6Yp8B  

1 September 2021 

Pautan: https://bit.ly/3fdKrlO 

No. Meeting: 170 208 0566 

Kata Laluan: AdDvJMbS394  

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top