Monday, September 26, 2022
HomePermohonanPermohonan Skim Bantuan Guaman Syarie MAIWP 2021

Permohonan Skim Bantuan Guaman Syarie MAIWP 2021

Skim Bantuan Guaman Syarie merupakan salah satu daripada skim bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Menerusi skim ini MAIWP membantu asnaf yang menghadapi tuntutan yang berkaitan kes Mahkamah Syariah atas kes-kes seperti ta’lik, fasakh,hadhanah, nafkah dan kes-kes yang berkaitan.

Mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan, layak untuk memohon bantuan ini.

Semoga dengan adanya Skim Bantuan Guaman Syarie ini dapat membantu mereka yang memerlukan bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dengan lancar.

Syarat Umum 

Bagi anda yang ingin memohon bantuan ini, hendaklah memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Beragama Islam 
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan 
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Dokumen Yang Diperlukan 

  1. Borang permohonan (Borang Permhonan) 
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan) 
  3. Satu salinan kad pengenalan: 
    1. Pemohon 
    2. Suami 
    3. Isteri
    4.  Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ] 
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan] 
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.
  5.  Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
  6.  Satu salinan saman pernyataan tuntutan daripada Mahkamah Syariah.

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Keluarga berceraiSatu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. 
Ahli keluarga telah meninggal duniaSatu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. 
Saudara baruSatu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan UpayaSalinan kad orang kelainan upaya (OKU). 
Pengidap sakit kronikSurat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. 
Sedang mengikuti pengajian di IPTSatu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. 
Keluarga bermasalahSatu salinan laporan polis/ surat penjara. 
MuflisSatu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Penghantaran Borang Skim Bantuan Guaman Syarie MAIWP 2021

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke mana-mana kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP berikut:

IBU PEJABAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444

CAWANGAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : –
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN
No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514
 

PUSAT AGIHAN ZAKAT (PAZA)

PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 6259 6906
 
PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2070 2004 / 03- 2070 2005
 
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 9191 0116
 
PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2202 0937
 
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4131 0469
 
PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4142 0515
 
PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4251 8524
 
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 7772 9423
 
PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 6243 4080 / 03 6243 4081

Bantuan Bakul Makanan JKM disediakan oleh Kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!