Monday, June 27, 2022
HomeBantuan Bakul MakananBantuan Bakul Makanan Ringankan Rakyat Selangor

Bantuan Bakul Makanan Ringankan Rakyat Selangor

Shah Alam, 18 Feb – Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Simbolik Penyerahan Cek Dana Bantuan Bakul Makanan Selangor melibatkan peruntukan sebanyak RM4.35 juta.

Majlis penyerahan telah disempurnakan dengan kerjasama Bingkisan Mesra Sdn Bhd (BMSB), Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YBFM) yang akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Selangor.

Bantuan Bakul Makanan merupakan sebahagian daripada Pakej Kita Selangor yang diumumkan pada 20 Januari 2021 dengan peruntukan keseluruhan RM73.877 juta. 

Jumlah penerima bagi Bantuan Bakul Makanan kali ini adalah sebanyak 2,361 orang penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR), 6,233 orang pemandu teksi (termasuk teksi tempatan, teksi lapangan terbang, kereta sewa dan limosin), 1,601 orang pemandu bas sekolah, 8,432 orang pemandu lori KDEB Waste Management dan 6,000 ketua isi rumah orang asal di negeri Selangor.

Pemberian makanan kering (dry food) atau makanan bermasak (cooked food) ini akan dilakukan secara berperingkat dan diselaraskan oleh beberapa jabatan, agensi dan anak syarikat seperti Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), KDEB Waste Management dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri berharap inisiatif Bantuan Bakul Makanan Selangor dapat membantu meringankan beban rakyat dan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Kerajaan Negeri menggesa rakyat untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan Selangor masih mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi. Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha memutuskan rantaian Covid-19 serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian sewajarnya.

Sumber: https://www.amirudinshari.com/posts/kenyataan-media-bantuan-bakul-makanan-selangor

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!