Bantuan Khas ANIS merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Ia bertujuan bagi meringankan beban ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak istimewa (OKU).
Mereka yang berkelayakan akan diberikan bantuan bersifat one-off sebanyak RM5000 setahun bagi memenuhi keperluan kehidupan anak-anak OKU.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon Bantuan Khas ANIS ini, beberapa perkara berikut anda perlu ketahui dan teliti agar permohonan anda diterima.
Apa itu Bantuan Khas ANIS
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Jenis Bantuan
- Makanan/keperluan tambahan
- Pembelian/pembaikan peralatan/mesin
- Ubat-ubatan
- Pendidikan (Terapi/kelas khas untuk anak OKU)
Syarat dan Kriteria Kelayakan
Kriteria dan syarat permohonan Bantuan Khas ANIS adalah sebagaimana berikut:
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).
- Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah.
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.
Jumlah Bayaran
Mereka yang berkelayakan akan diberi bantuan yang bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Tarikh Permohonan
Permohonan bantuan ini boleh dibuat mulai 15 Februari 2021 (Isnin).
Cara Memohon
Mereka yang ingin memohon bantuan ini, boleh ikuti langkah berikut:
- Pemohon boleh memohon secara atas talian melalui pautan berikut http://anis.yawas.my/web/khasanis.php
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
- Permohonan boleh dihantar kepada :
- Emel [email protected]
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
- Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini adalah sebagaimana berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
Semakan Permohonan ANIS
Bagi semakan untuk permohonan ANIS, sila layari laman berikut:
http://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php
- Masukkan no kad pengenalan tanpa tanda sengkang ‘-‘
- Tekan bukan semak.
Info dan Maklumat Lanjut
No Telefon: 03 5481 8800
Emel: [email protected]
Alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. |
Mereka yang layak juga boleh memohon bantuan bakul makanan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).