Thursday, June 8, 2023
HomePermohonanPermohonan Bantuan Zakat IPT Mahasiswa Negeri Terengganu 2021

Permohonan Bantuan Zakat IPT Mahasiswa Negeri Terengganu 2021

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan bagi mereka yang berkelayakan bagi bantuan Zakat IPT khas untuk anak-anak negeri Terengganu.

Mahasiswa yang menetap di Negeri Terengganu atau pemastautin tetap boleh memohon bantuan Zakat ini secara atas talian.

Bantuan Zakat IPT Terengganu ini dibuka untuk pengajian dalam negara dan juga pengajian di luar negara.

Anak-anak negeri Terengganu jangan lepaskan peluang ini.

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam.
  2. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  3. Masih dalam tempoh pengajian dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  4. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
  5. Salinan slip gaji atau akuan pendapatan terkini ibu bapa/penjaga WAJIB dilampirkan.
  6. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

Syarat Khusus Permohonan Bantuan IPT Dalam Negara

  1. Surat pengesahan pengajian tahun semasa (2021) daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP).
  2. Sinf Fisabilillah: GPA 3.0 ke atas bagi keputusan peperiksaan SEMESTER 1 SESI 2020/2021 yang WAJIB DISAHKAN oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) IPT berkenaan.
  3. Sinf Miskin: tidak mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG) atau Grade Point Average (GPA),
  4. Pelajar peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/ pembiayaan/ penajaan/ elaun/ tidak bekerja. Wajib melampirkan surat pengesahan tiada tajaan terkini (tahun 2021).
  5. Pelajar Master/ Phd boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/ pembiayaan/ biasiswa/ MyBrain/ MyPhD/ tidak bekerja. Wajib melampirkan bersama surat pengesahan tiada tajaan terkini (tahun 2021) dan surat pengesahan akuan pendapatan yang terkini (tahun 2021).

Syarat Khusus Permohonan Bantuan IPT Luar Negara

  1. Surat pengesahan pengajian tahun semasa (2021) daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia. 
  2. Pelajar yang tiada pinjaman/ biasiswa/ pembiayaan/ tidak bekerja.
  3. Keputusan peperiksaan keseluruhan semester/ tahun pengajian.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka pada 15 JANUARI 2021 sehingga 15 APRIL 2021.

Cara Memohon Bantuan Zakat IPT Terengganu

Permohonan dibuat secara atas talian melalui laman web www.espmb.com/maidam_zakat

Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar ke pejabat YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM beralamat:

DI LOT 9 & 10, TINGKAT 1,
BAZAR MAIDAM, JALAN MASJID ABIDIN, 
20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

atau ke 

Pusat Urusan Zakat Daerah.

• Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 09-6223500.

Semakan Status Keputusan

Ingatan: Menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk menyemak status keputusan.

Semakan boleh dibuat di laman: 

http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx


Rakyat Terengganu juga berpeluang menikmati pelbagai Pakej Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 2021 (BERKAT) yang telah dilancarkan pada Januari lalu.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!