Bagi mereka yang tidak tahu cara nak isi borang GKP, ini merupakan panduan dan cara isi borang dan memohon Geran Khas Prihatin 4.0.
Panduan ini juga adalah sama seperti yang diterangkan dalam laman portal GKP.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila rujuk panduan yang disediakan dalam laman portal GKP.
https://gkp.hasil.gov.my/Download/TERLUPA_KATA_LALUAN_GERAN_KHAS_PRIHATIN.pdf
Sebelum mengisi borang, baca dan teliti panduan dan cara memohon GKP ini agar permohonan tidak ditolak.
Syarat Membuat Permohonan baharu GKP 4.0
Syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Panduan Bergambar dan Cara Mengisi Borang Memohon GKP 4.0
Buka laman portal Geran Khas Prihatin melalui pautan berikut;
Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) dan isi kod captcha sebagaimana yang tertera di skrin anda (bukan di skrin artikel ini)
Kemudian tekan semak.
Klik pada butang Permohonan Baharu
1. Maklumat Pemohon
Isi maklumat yang diminta;
- Nama pemohon
- Nombor Mykad
- Jantina
- Nombor telefon bimbit
- Alamat surat menyuarat
- Poskod
- Negeri
- Bandar
- Nama akaun persendirian pemohon
- Nombor akaun persendirian pemohon
- Status perkahwinan
Ruangan pengisian maklumat pemohon yang bertanda bintang * adalah medan yang wajib diisi.
2. Maklumat Pasangan
Maklumat yang perlu diisi adalah;
- Status perkahwinan
- Jenis pengenalan
- Nombor pengenalan
- Nama pasangan
- Jantina
Ruangan pengisian Maklumat Pasangan jika status perkahwinan adalah “kahwin” . Medan bertanda * adalah wajib diisi.
3. Maklumat Perniagaan
4. Pengesahan Captcha, Akuan dan Hantar
Masukkan maklumat captcha yang tertera dan sahkan.
Klik pada ruangan jika bersetuju
Kemudian klik pada butang Hantar bagi menghantar permohonan anda.
5. Daftar Akaun
Untuk pendaftaran akaun, anda perlu masukkan nombor mykad anda dan klik butang carian.
Seterusnya isi maklumat poskod dan bandar yang diisi semasa permohonan di bahagian Maklumat Perniagaan.
Kemudian isi frasa keselamatan dan pilih 5 soalan keselamatan beserta jawapan dan klik Daftar.
Isi kata laluan dan pengesahan kata laluan. Klik Daftar
6. Semakan
Untuk semakan, klik log masuk, isi nombor mykad dan kata laluan yang betul.
Anda akan melihat status permohonan anda “PERMOHONAN DITERIMA”
Keputusan Permohonan GKP
Tarikh semakan keputusan permohonan GKP 4.0 akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
Info dan Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).