Pembayaran RM500 untuk bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) melalui Pakej PEMERKASA+ disalurkan secara berperingkat kepada sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak mulai 12 Julai 2021.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya di Facebook berkata, jumlah pembayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ melibatkan tambahan RM500 kepada bayaran RM1,000 yang dikreditkan ke akaun penerima pada pertengahan Jun lalu.
“Pembayaran tambahan (GKP 3.0) ini dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem GKP bagi membantu aliran tunai mereka semasa tempoh yang masih mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, bayaran tambahan GKP 4.0 di bawah Pakej Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pula akan disalurkan kepada penerima GKP sedia ada dan penerima baharu pada bulan September dan November nanti, masing-masing sebanyak RM500.
Sementara itu, bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai ini.
Beliau turut memberitahu, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
“Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro akan meringankan beban mereka terutamanya perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi ketika ini,” katanya.
Semakan Status Geran Khas Prihatin
Penerima GKP sebelum ini boleh membuat semakan status GKP di laman portal Geran Khas Prihatin melalui pautan;
Permohonan Geran Khas Prihatin 4.0
Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) merupakan antara inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka mulai 15-31 Julai 2021 di laman portal https://gkp.hasil.gov.my/
Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.
Tarikh dan Jumlah Bayaran GKP 4.0
Tarikh pembayaran GKP 4.0 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah sebanyak 2 kali iaitu;
Tarikh Bayaran | Jumlah Bayaran |
September 2021 | RM 500 |
November 2021 | RM 500 |