Perdana Menteri hari ini mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.
Bayaran BKC fasa 1 akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain daripada bayaran tambahan kepada ransangan ekonomi.
Kelayakan Penerima BKC
Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu
- Miskin tegar
- B40
- M40
Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;
- Isi rumah / Warga emas – RM5000 dan ke bawah.
- Bujang – RM2,500 dan ke bawah
Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan
- Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
- Bujang – RM2,501 – RM5,000
Lihat jadual berikut untuk lebih jelas.
Tarikh Bayaran BKC Fasa 1
Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021.
Jumlah Bayaran BKC Fasa 1
Untuk Fasa 1 kategori Miskin tegar, bagi Isi rumah yang menerima RM1,300, mereka akan menerima RM500 manakala baki RM800 lagi akan dikreditkan Fasa 2 (RM500) dan Fasa 3 (RM300).
Bagi warga emas yang menerima RM500. Sebanyak RM200 akan dikreditkan dalam Fasa 1 manakala RM300 pada Fasa2. Untuk bujang, mereka akan menerima RM200 pada Fasa 1 dan RM300 dalam Fasa 2.
Bagi kategori B40, isi rumah yang menerima RM800 akan mendapat bayaran RM500 bagi Fasa 1 dan RM300 dalam Fasa 2 manakala Warga emas dan bujang yang masing-masing menerima RM200 akan menerima bayaran tersebut pada Fasa 1.
Bagi kategori M40, isi rumah yang menerima RM250 akan menerima kesemua bayaran itu pada Fasa 1 begitu juga untuk warga emas sebatang kara dan golongan bujang akan turut menerima masing-masing RM100 pada fasa tersebut.
Jadual berikut merupakan fasa pembayaran BKC;
Cara Bayaran
Cara bayaran BKC akan dikreditkan berdasarkan rekod BPR 2021 untuk golongan B40. Manakala untuk bagi M40 pula akan dikreditkan ke akaun masing-masing berdasarkan rekod percukaian dengan LHDNM.