Friday, November 26, 2021
HomeSemasaPerdana Menteri Mohon Segerakan Bantuan Yang Telah Diumumkan Sebelum ini

Perdana Menteri Mohon Segerakan Bantuan Yang Telah Diumumkan Sebelum ini

KUALA LUMPUR: Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan, adalah antara penekanan mesyuarat Kabinet pertama, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam hantarannya di Facebook ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video.

Beliau turut mengingatkan barisan Jemaah Menteri mengenai tanggungjawab yang harus digalas dan membuktikan pencapaian masing-masing dalam tempoh 100 hari.

“Pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri (Self-quarantine).”

“Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan COVID-19  di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.”

“Saya turut mengingatkan para Menteri kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari. Maka tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.”

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.”

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz juga turut memberi jaminan akan meneruskan bantuan kerajaan termasuklah Bantuan Khas Covid-19 yang sepatutnya dijadualkan pada Ogos lalu, namun ditangguhkan disebabkan pergolakan politik yang berlaku dalam negara.

Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan pada pada 21 Ogos lalu dan mengumumkan senarai Kabinet yang merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri pada 27 Ogos.

Tengku Zafrul Aziz merupakan antara menteri yang dikekalkan daripada kabinet kali iniatas kejayaan beliau menguruskan kewangan dan bantuan dengan baik ketika negara menghadapi wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments