Sistem permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) Versi III telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar secara maya menerusi pada 25 Ogos 2021.
Permohonan RMM secara atas talian telah bermula sejak Januari 2014 menerusi sistem permohonan RMM (ePerumahan) kemudian dinaiktaraf ke Versi Il pada tahun 2018 dan sekali lagi melalui proses penambahbaikan termasuk perkakasan server bagi memenuhi kehendak semasa.
Apa itu Rumah Mampu Milik Terengganu?
RMMT adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.
Bermula 1 September 2021, bagi yang telah mendaftar sebelum ini perlu mengemaskinikan maklumat permohonan sebelum akhir tahun ini
Permohonan adalah 100% secara atas talian (online) melalui sistem ePerumahan Terengganu. Tiada lagi permohonan secara manual dilakukan.
Syarat Kelayakan
Terdapat 2 jenis RMM yang ditawarkan iaitu jenis A dan jenis B

Syarat Kelayakan jenis A ialah;
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
- Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
- Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Syarat Kelayakan Rumah Jenis B
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Cara Memohon
Bagi pemohon baharu yang ingin membuat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu ini, permohonan adalah secara atas talian (online) melalui portal ePerumahan Terengganu melalui pautan berikut;
https://eperumahan.terengganu.gov.my/
Prosesnya adalah sebagaimana paparan grafik di bawah;

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian
Pendaftaran dan permohonan baharu dibuka mulai 1 September 2021 (Rabu) dan bagi yang telah mendaftar sebelum ini perlu mengemaskinikan maklumat permohonan sebelum 31 Disember 2021.
Kepada mereka yang telah mendaftar melalui sistem ePerumahan versi 1 dan versi 2 sebelum ini tidak perlu risau kerana data-data telahpun dipindahkan ke sistem yang baharu ini (versi 3).
Pengguna yang lama (versi 1 & 2) dinasihatkan mengemaskini maklumat permohonan mereka sehingga 31 Disember 2021.
Gunakanlah tempoh yang ada ini untuk mengemaskini permohonan rumah mampu milik anda yang lalu supaya anda tidak ketinggalan dan maklumat yang diberikan sentiasa tepat.
Ini kerana sekiranya pengemaskinian tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, pengguna perlu membuat permohonan dan pendaftaran yang baharu.
Proses Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu
Permohonan yang lengkap akan melalui proses siasatan melalui Jawatankuasa pemilihan peringkat daerah JPPD, temuduga dan pengesahan jawatankuasa pemilihan peringkat negeri JPPN sebelum ditawarkan.

Info dan Pertanyaan Lanjut
Sebarang info dan pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, anda boleh menghubungi melalui telefon, emel atau datang terus ke pejabat sebagaimana maklumat berikut;
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU(BAHAGIAN PERUMAHAN) TINGKAT BAWAH NO.28, PUSAT NIAGA PAYA KELADI, 20000 KUALA TERENGGANU. Telefon; + 09-626 7999 + 09-631 7999 E-mel; [email protected] |