Berita baik buat para usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) dan PKS di negeri Johor, Iskandar Malaysia menawarkan geran Iskandar Malaysia Startup Grant (IMSTART) yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000 secara ‘one-off’.
Para peniaga dan PKS di negeri Johor jangan lepaskan peluang ini kerana bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja
Dengan bantuan kewangan ini, peniaga boleh membeli stok produk, menaiktaraf operasi perniagaan dengan peralatan dan sistem berteknologi dan mewujudkan platform e-dagang.
Apa itu Iskandar Malaysia Startup Grant?
Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berbentuk geran ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.
Peruntukan khas ini diwujudkan untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.
Geran ini bertujuan untuk meringankan beban kos permulaan perniagaan di atas talian kepada usahawan atau individu yang ingin memulakan perniagaan di platform e-dagang dan juga yang telah beroperasi sejak Mac 2020 untuk meningkatkan kapasiti operasi.

Syarat-Syarat Permohonan:
- Permohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di negeri Johor sahaja.
- Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun – 45 tahun sahaja.
- Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020
- Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang
- Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah
- Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (Pembelian Telefon bimbit tidak termasuk)
- Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM 10,000.00
- Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja
Cara Memohon
Permohonan adalah secara atas talian (online). Untuk memohon, sila klik link ini
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan ini akan ditutup pada 15 September 2021 (Rabu).
Maklumat Lanjut
Bagi yang berminat dan berkelayakkan boleh melayari www.iskandarmalaysia.com.my/secure dan www.iskandarmalaysia.com.my untuk maklumat lanjut.
Info Dan Pertanyaan
Untuk pertanyaan, sila emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.
FB Page, https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial
IG, https://www.instagram.com/iskandarmalaysia/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.