Friday, March 24, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian melalui Zakat Pulau Pinang untuk tahun 2022.

Calon berkelayakan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) boleh mendapatkan agihan zakat pendidikan ini.

Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat dipertimbangkan.

Apa Itu Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?

Ia merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Zakat IPT Negeri Pulau Pinang yang bertujuan membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam dan luar negara.

Bantuan Dermasiswa Pengajian ini dibuka pada bulan Mac pada setiap tahun dan iklan penawaran dermasiswa ini akan dipaparkan di semua saluran media sosial Zakat Pulau Pinang. (Sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan semasa).

Iklan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan  Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ini dibuka mulai 23 Mac 2022 (Rabu) sehingga 22 April 2022 (Jumaat).

Syarat-syarat Umum Bantuan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  4. Tidak menerima bantuan tajaan, pembiayaan, biasiswa atau pinjaman/pinjaman boleh ubah dari mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Syarat-Syarat Asas Kelayakan

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan Zakat
  2. Belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan MAINPP (bagi kes-kes tertentu sahaja) kecuali Politeknik, Kolej Kemahiran / MARA dan Kolej Komuniti atau seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian dan muat naik (upload) dokumen yang benar. (Senarai dokumen yang diperlukan boleh rujuk dalam portal Zakat Pulau Pulau Pinang)
  4. Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
  5. Keputusan nilai purata semester CGPA 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan. Kecuali Indonesia Pengajian Islam (keputusan nilai purata sama dengan Malaysia).
  6. Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian dengan menyertakan ‘Laporan Kemajuan Pembelajaran ’ / CGPA.
  7. Ibubapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan / harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
  8. Pemohon yang menetap dan tinggal di luar Pulau Pinang tidak layak memohon kecuali membayar zakat harta di Pulau Pinang dan tidak menerima bantuan zakat dari negeri lain.
  9. Pemohon yang telah tamat pengajian semasa tawaran ini dibuka adalah tidak layak memohon.
  10. Kelulusan bantuan Dermasiswa Pengajian adalah muktamad berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP serta prestasi kewangan semasa.
  11. Diploma lanjutan adalah tidak layak memohon dan tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://zakatpenang2u.com/

Pemohon perlu mendaftar akaun bagi mereka yang pertama kali ingin log masuk ke portal.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi;

Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP

Telefon: 04-549 8125 / 04-549 8155

Email: [email protected]

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!