Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) | Inisiatif Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah 2023
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2023 buat anak-anak Negeri Sabah yang sedang meneruskan Pengajian di IPT.
Bantuan ini menyasarkan anak-anak Sabah di bawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang meneruskan pengajian di IPT tetapi tidak mampu untuk membeli dan memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.
Apa itu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)?
Kerajaan negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) ini masih menyediakan bantuan BAIK iaitu bantuan ihsan komputer, tetapi sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar anak Sabah di bawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang belajar di IPT yang tidak mampu membeli komputer untuk pembelajaran.
Sebelum ini bantuan ini telah diberikan pada tahun 2021 dan 2022.
Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan
Berikut merupakan syarat dan kriteria permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK;
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua isi Rumah (KIR) sahaja
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online atau manual.
Bagi permohonan secara online, pemohon dikehendaki mengisi borang yang disediakan melalui pautan berikut;
Bagi permohonan secara manual pula, boleh hendaklah mengisi borang permohonan yang disediakan di bawah;
https://drive.google.com/drive/folders/16s27d5Hj3YI1Y8DR4Wv1TuK2woruzGXo
Atau download borang >>DI SINI<<
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut;
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu 88400 Kota Kinabalu, Sabah |
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pelajar
- Salinan kad pengenalan ibu bapa
- Surat cerai ibu bapa (jika berkaitan)
- Surat kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
- Surat tawaran
- Surat pengesahan pelajar daripada IPTA atau IPTS
- Salinan slip gaji/pendapatan ibu dan bapa (Kedua-duanya wajib ada pengesahan)
*(Jika berkerja sendiri/tidak berkerja sila dapatkan pengesahan daripada pegawai daerah/persuruhjaya sumpah/ketua kampung)
* bagi permohonan online, dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah dimuat naik melalui pautan yang dinyatakan di atas.
Pertanyaan Tentang Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BAIK boleh hubungi nombor telefon berikut:
- 088-369 872
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mttk.sabah.gov.my/
Sebarang terma dan syarat tertakluk kepada keputusan jawatankuasa.
Jangan lepaskan peluang untuk memohon yang disediakan ini.
Sumber: Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.