Thursday, December 7, 2023
HomeInfoTarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2022

Tarikh-Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2022

Memasuki  bulan 12, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan Kerajaan pada bulan Disember 2022 ini.

Beberapa bantuan boleh dipohon pada bulan Disember ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban ketika rakyat sedang sedang berdepan dengan kesan kenaikan harga barang.

Beberapa bentuk bantuan yang menjadi tumpuan utama seperti Bantuan Kewangan, Geran Perniagaan,  Diskaun PTPTN, Bantuan Musim Tengkujuh dan lain-lain amat diharapkan agar berjalan dengan lancar pada bulan Disember 2022 ini

Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Disember 2022. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Disember 2022

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Disember akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan Disember, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Disember 2022.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Disember, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023 

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022

Lembaga Zakat Selangor (LZS)  telah membuka permohonan bagi bantuan pendidikan melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) sejak awal Oktober yang lalu.

Bantuan ini masih boleh dipohon sehingga tarikh tutup permohonan pada 3 Disember 2022.

Setiap permohonan SPZAS sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bergantung kepada jumlah tanggungan pada kadar RM200 seorang dan bagi permohonan SPZAS IPT akan menerima bantuan sebanyak RM700 hingga RM2,500.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .

Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.

p/s: permohonan boleh buat 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙇𝙄 (1) sahaja ya, dan hanya untuk 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙁𝘼𝙆𝙄𝙍, 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 & 𝙈𝙐𝘼𝙇𝘼𝙁

[ 𝗡𝗼𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻: Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus pendidikan.zakatselangor.com.my ]

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push) 

Skim I-PUSH fasa ke 2

Permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push) dilanjutkan sehingga 14 Disember 2022. 

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) adalah Pinjaman Micro Kredit i-PUSH 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐅𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan dengan baik ketika keadaan inflasi yang melanda hari ini.

Skim I-PUSH dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu lebih 2,500 usahawan kecil membuat pinjaman berjumlah sehingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

Permohonan dibuat secara online melalui laman portal berikut;https://smu.pahang.gov.my/mohon.php

Diskaun PTPTN Masih Diberikan 

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Kerajaan  dalam hal ini sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Dalam hal ini, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 dengan kadar yang berikut:

  • Pertama:   Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Kedua:  Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Intensif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bajet 2023

Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

atau 

Boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Perjalanan Komuter Percuma Untuk OKU pada 3 & 4 Disember

𝑭𝑹𝑬𝑬 𝑹𝑰𝑫𝑬 𝐊𝐓𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐎𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟐

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan perjalanan percuma itu membabitkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.

“Inisiatif perjalanan percuma kepada golongan OKU ini diteruskan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada kali pertama ia diperkenalkan pada tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU dan penumpang.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my.

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, pembayaran itu akan dibuat bermula November ini seperti biasa, kerana ia tidak terkesan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov yang lalu.

Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022.

Untuk makluman, Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 pada 2023 sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Pembentangan Bajet 2023 pada awal Oktober yang lalu.

Info lanjut tentang BMT, boleh layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ 

Bantuan Zakat Selangor Peduli

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli

Buat warga Selangor terutama kepada Asnaf yang berdaftar di negeri Selangor yang terlibat dengan bencana banjir, kini anda boleh membuat permohonan bantuan ‘LZS Peduli’

Ini adalah salah satu inisiatif bantuan daripada Zakat Selangor secara “ONE-OFF” kepada KETUA KELUARGA yang terjejas akibat BANJIR. Hanya SATU PERMOHONAN sahaja bagi setiap rumah kediaman.

Tarikh permohonan dibuka bermula 21 NOVEMBER 2022 – 31 JANUARI 2023.

Untuk permohonan lanjut, sila layari www.zakatselangor.com.my/peduli

Semoga dimudahkan urusan.

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)

INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (INSIS YP)

Sebelum ini dikenali sebagai ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’.

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-

  •  Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Permohonan secara atas talian juga boleh dibuat dengan melayari Laman Web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my dan untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.

Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT

Diskaun 40 Peratus Untuk Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

DISKAUN 40 PERATUS UNTUK BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Pahang (1982 – 2022), Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang kepada peminjam-peminjam sedia ada.

Diskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Untuk membuat semakan bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang, sila klik pada pautan berikut;

https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanjut;

  1. Pn. Rohana Bt Khamdan (Tel : 09-518 1800 Ext 120)
  2. Pn. Suzilawati Bt Zakaria (Tel : 09-518 1800 Ext 186)
  3. Pn. Nur Arina Bt Sallehuddin (Tel : 09-518 1800 Ext 183)
  4. En. Mohd Amirul B. Kamarozaman (Tel : 09-518 1800 Ext 898)
  5. Talian Whatsapp : 011-1664 1800 dan 011-1663 1800

Biasiswa Yayasan Terengganu

Biasiswa Yayasan Terengganu Program Perakaunan Professional ACCA Kohort 2 dan Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD)

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Program Perakaunan Professional ACCA Kohort 2 dan Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) dibuka sehingga 7 Disember 2022.

Sukacitanya Yayasan Terengganu menawarkan biasiswa kepada mahasiswa kelahiran Terengganu yang bakal menyambung pelajaran dalam negara.

Biasiswa ini ditawarkan bagi membantu para pelajar Terengganu yang akan menyambung pengajian terutamanya yang tergolong daripada keluarga B40.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada pelajar berkelayakan yang bakal menyambung pengajian ke peringkat berikut :

  • Program Perkakaunan Professional ACCA Kohort 2
  • Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD)

Syarat umum permohonan adalah sebagaimana berikut;

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu. 
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin. 
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu. 
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi pautan https://ytpenajaan.terengganu.gov.my 

Info lanjut sila layari https://yt.gov.my/ 

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!