Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Pahang (i-Push)

Kerajaan Pahang membuka semula fasa ke 2 inisiatif untuk usahawan negeri Pahang yang dikenali sebagai  Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-PUSH).

Skim I-PUSH dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu lebih 2,500 usahawan kecil membuat pinjaman berjumlah sehingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

Menerusi Skim I-PUSH ini, Kerajaan Negeri akan menjalin hubungan kerjasama dengan bank tempatan sebagai bank pelaksana atau ejen I-PUSH. Kerajaan Negeri percaya bantuan pembiayaan ini dapat dicapai kepada kumpulan sasar yang lebih meluas melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dengan bank pelaksana yang akan diputuskan kelak.

Apa itu Skim i-Push?

Skim I-Push fasa 2 dibuka pada 1 November 2022
Kredit Photo: Pahang Media

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) adalah Pinjaman Micro Kredit i-PUSH 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐅𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan dengan baik ketika keadaan inflasi yang melanda hari ini.

Skim I-PUSH dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu lebih 2,500 usahawan kecil membuat pinjaman berjumlah sehingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka  mulai 1 November 2022 dan dilanjutkan sehingga 14 Disember 2022 (RABU). 

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya adalah sehingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun. 

Selain, tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Syarat-Syarat Permohonan Skim i-Push Negeri Pahang

1. Terbuka kepada rakyat Negeri Pahang / Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun

4. Ada perniagaan sendiri dan telah menjalankan perniagaan melebihi satu tahun

5. Mempunyai lesen perniagaan / permit sementara daripada PBT atau pendaftaran syarikat dengan SSM

6. Tidak bankrap

7. Golongan B40

8. Berniaga di Negeri Pahang

9. Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang operasinya ditutup atau perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)10. “First Come, First Serve”

Cara Memohon

Permohonan Online Skim i-Push

Permohonan dibuat secara online melalui laman portal berikut;

https://smu.pahang.gov.my/mohon.php

*Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda sebelum membuat permohonan dan tekan “Enter”

Pemohon Skim I-PUSH boleh merujuk Panduan Permohonan Skim I-PUSH yang dimuat naik di portal rasmi https://smu.pahang.gov.my  bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Semakan Status Permohonan

Mereka yang ingin membuat status permohonan boleh membuat semakan melalui pautan berikut;

https://smu.pahang.gov.my/semak.php

Kaedah Bayaran Balik

Bagi mengurangkan beban pemohon, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima (5) tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan. 

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi;

Pembangunan Usahawan
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, 
25503 Kuantan Pahang

No. Telefon: +609-512 4597
No. Faks: +609-515 6327

Sumber: Sistem Maklumat Usahawan Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top